Wednesday, November 21, 2007

Jambans di rumahku.

Weekend ari tu housemates aku balik kampung belaka so aku pun amik kesempatan menyenap gambar jamban derang. Ya ampun!! Kalau tengok dalam gambar ni memang tak berapa nak nampak tapi dengan sedihnya aku nak bagitau yang housemates aku tak rajin cuci jamban belaka. Huhuhu

Jamban di atas dibawah pemuliharaan housemate aku yang perasan dia la yang paling lawa dalam dunia. Camera phone aku dah la cikai pastu over expose plak. Nampak cam bersih jer la jamban dia.. tapi tengok la lantai + dinding tu. Sah tak penah berus. Berus atas tangki tu untuk hiasan je. Dia ni duk kat level 1 bilik paling besar. Jamban dalam bilik.


Anugerah jamban terkotor jatuh kepada jamban di atas ni. Orang yang bertanggungjawab memelihara jamban ni baru je duduk sebulan lebih kat umah sewa aku tu. Sejak dia masuk tak penah sekali pun dia cuci bilik air apatah lagi jamban tu. Memang rasa nak pitam aku snap gambar jamban ni. Atas tangki tu kotak sabun yang dah lenjun + kotak kosong. Susah sangat ke nak buang? Ayokk!! Dia ni duduk bawah. Bilik kat dapur so dia assume semua orang guna jamban dia sebab kat bawah tu yang tak kuasa dia nak cuci tu. Memalukan sungguh!

Haa.. Ni jamban bersih sket walaupun berkerak. Uhuk! Uhuk! Memang dia ni aku penah nampak cuci jamban tu tapi jarang² la. Tengok atas tangki tu siap ada lilin wangi lagi. Ada buat mandian romantis la tu. Disebabkan jarang² mencuci lantai dekat² jamban tu pun leh tahan berkerak gak tapi kira ok la jamban dia. Berani la aku nak tumpang guna. Heh.. Heh.. Dia ni pun duduk level 1 sebelah bilik tuan jaga jamban yang atas sekali tu. Kawan baik tau derang ni. Nyampess.. Bilik dia kecik + jamban tu bakal dikongsi dengan penyewa baru kat umah aku tu. Habis la ko. Budak baru tu nampak cam tak peduli jer pasal bersih membersih ni..


Last sekali dah tentu la gambar jamban aku yang duduk kat atas sekali. Ala² loteng gitu + ada jamban. Ruang jamban ni yang paling kecik antara ruang² jamban yang ada kat umah ni. Amacam? Bersih tak? Ni aku belum cuci lagi tau. Atas tangki tu ada bekas sabun untuk upacara rendam merendam sebelum basuh + shampu aku. Macam tak adil jer gambar jamban aku tu cam disnap jarak jauhkan? Bukan per ruang kecik. Nanti aku snap dekat sket. Baru leh banding.

Ini baru jamban tau. Belum masuk sinki + lantai lagi. Belum kira katil, almari, bantal. Macam tak caya aku duduk dengan perempuan semuanya. Hmmm... Kalau ada kesempatan lagi aku akan snap lagi. Apa yang pasti budak² kat umah aku ni memang la tak leh dibuat bini. Melaram pandai la derang tu. Nak ngemas? Jangan harap!!

Tuesday, November 20, 2007

jackie chan cafe

Aku dapat voucher RM100 untuk dispendkan kat Jackie Chan cafe yang baru bukak tu. Cafenyer kat muse floor starhill. Kalau tak de voucher tu agaknyer tak de la aku sampai ke starhill tu. Tak kuasa aku nak gi KL. Sesak!!

ni la vouchernyer.. ada 2 keping..


logo cafe yang leh tahan dasat!! 

menu.. poyo jer muka jackie.. huhu


Since cafe ni baru bukak, makanan yang ada pun tidaklah memberangsangkan @ dalam ertikata sebenar.. Tak de makanan yang besh untuk diorder. So aku dan dia orderlah sandwich. Padahal masa tu aku dan dia lapar tak hengat.


Cheese + ham sandwich dia order.





Tuna sandwich. Aku order.



Frap choc. Blend sekali ngan brownies. Sedap.


Ice lemon tea yang pahit tapi ok la.


Bila makanan dah sampai. Aku dan dia pun makan la dengan separuh perasaan sebab sebelum sampai tadi expectation tinggi. Cafe tu depan lift. Pastu meja² kat sidewalk level tu. Orang yang lalu lalang dok pandang la aku dan dia ni makan. Apa kes??



Pisau tu sompeh.. Ape da..



Ni la totalnya.. Memang tak berbaloi.

Disebabkan voucher yang aku ada ni RM100 so memang bajet makan termasuk tax untuk RM100 lah. Air 2, sandwich 2, kek 3 + 1 apple pie. Sandwich tu aku buat pun leh dapat rasa yang sama @ lebih sedap. 3 kek tu memang tak dapat lawan secret recipe yang murah tu. Kek sepotong RM12. Lupa nak snap sebab yang tu aku tapau. Apple pie tak makan lagi. Ada dalam fridge. Air plak frap choc tu ok tapi ice lemon tea tu lagi sedap kat oldtown.

Untuk cafe ni aku kasi 2 bintang secara keseluruhan. Eceh! Cam rate movie plak. Lebih kurang sama la kan? May be cafe ni baru so tak de banyak makanan lagi untuk dicuba. Mungkin akan datang ada makanan yang sedap² kat sini. Kena la aku tunggu voucher lain plak.. Heh heh..

Dek kerna dah sampai ke starhill, aku dan dia pun pegi la melawat pavillion. Mak oii.. Mau lumpuh kaki kalau nak tour satu pavillion tu.. Acah jer. Tempatnyer memanglah untuk orang² yang banyak duit. Cam aku dan dia ni setakat bersiar² jer la. Nak usha panggung tapi belum bukak lagi. Sampai dah la aku ke starhill + pavillion. Tak de la nanti kot orang bercerita aku akan jadi cam orang ting tong tak penah jejak kaki ke situ. jadi laaa....

gambar ni ditujukan pada kak datin sebab dia suka snap lampu kat tempat dia gi makan. cantik tak???

Saturday, November 10, 2007

Chicken chop uptown Damansara

Entry semalam memang aku dah kata nak pegi makan kat uptown Damansara so tada!!! Eceh.. Aku paste gambar kecik jer sebab kualiti gambar yang tidak berapa memuaskan. Ntah abad bila agaknya baru aku nak merasa camera phone yang vavavom kualitinya. Huk huk..



RM yang diperlukan utk 2 chicken chop..

Ohhhh!! I like!!!


sotong goreng untuk orang majuk.. hik hik

The Baker's Cottage

cute logonye.. aku suka kaler ijo..

ni dia punya order.. apa ke namanye aku lupa plak..


ni aku punya order.. chicken bolognese.. aku lebih suka beef tapi yang ni sedap plak pada aku..
ni ice lemon tea.. sekali dalam meal tu.. sedap gak la.. tak sedap nak usha dari kotak mana..


Sebelum ni aku memang dah jadi regular customer kat The Baker's Cottage ni sebab buns² yang menjilat jari lagi affordable so skang bila dia ada buat makanana tambahan + boleh dine kat situ lagi la aku tros daftar jadi kelab peminat seumur hidup. Heh.. heh..

Ni dah 4th time aku makan kat sini. Kena dengan selera aku dan dia. Bun² dia pun sedap². Semalam nak pujuk dia yang merajuk aku ajak makan kat sini. Ni kat JJ taman equine. Untuk dua meal ni cuma RM12.60. Aku rasa aku dan dia akan selalu ke sini. (^^)

Friday, November 9, 2007

Cuti satu hari.

Konon nak bangun pagi dan belikan dia breakfast tapi aku gagal bangun. Heh.. Heh.. Semalam dia merajuk sebab aku tertido 3 jam. Bengang dia aku terus tido lepas tengok movie. Aku rasa dia nak ajak aku lepak kat McD macam biasa. Maklumlah hari ni cuti so leh stay up late tapi aku bantai tido plak. Pukul 2.00 am baru aku terjaga. Itu pun sebab dia gerak aku. Alamak sorry la buchuk. Ntah ngape ngantuk plak malam tadi. Itu la sebabnye aku nak beli breakfast untuk dia pagi tadi tu. Huhuhuhu.. Sib baik bila dah nak tido tu dia dah kurang majuk. Kalau tak jenuh le aku. Ayakkk..

Hari ni macam2 plan dah dirancang patutnye tapi since dia majuk semalam dia nak batalkan semua plan tu. Sampaikan ajak makan pun tanak. Aiseh ni dah kes berat ni. Nasib baik dah nak petang tu dia nak gak kuar g makan. Pastu aku dan dia pegi Alamanda. Tukar sesuatu kat situ. Uhuk!! Uhuk!!

Kuar dari Alamanda dia tanya aku nak ke mana? Aku kata la nak teruskan plan semalam. Dia tanak mulanya tapi akhirnya dia setuju so aku pun tros zoom ke Damansara. Plannye bukan apa pun. Nak lepak kat satu cc kat area rumah lama aku dan dia. Punya la jauh nak g cc tu. LOL! Apa nak buat kat area rumah aku dan dia sekarang cc yang ada semuanya jadi tempat budak2 main game semata. Lagipun tak leh nak isap rokok.

So skang aku kat cc yang besh ni la. Dia siap pilih pc yang ada wide screen monitor lagi. Ada 2 sebenarnya tapi yang aku nak guna tu rosak la pulak. Tak pe la. Kasik la dia guna. At least tak de la ralat dia merajuk semalam. Heh.. Heh..

Aku nak lepak situ 5 jam sebab RM10 je tapi dia kata tak sanggup plak so akhirnya aku dan dia set 3 jam je. Pasni leh la g makan kat uptown. Aku suka chicken chop kat situ.

Hopefully hari ni akan berakhir dengan riang + gembira.

Amin.

FACEBOOK


Finally i have an account in facebook. Now it's time to get more connections. I need to find my long lost friends. I do miss my highschool days. It was fun as i remembered it.

Wednesday, November 7, 2007

Esok cuti!!

Pagi tadi bangun macam biasa tapi ntah camne leh terlambat gak nak gerak dari rumah. Pick up sorang kawan yang masih tunggu diri diconfirm untuk beli kereta. Sampai kat parking area lagi 3 minit pukul 9.00. Biasanya time ni memang susah nak dapat parking kat area depan tu tapi since esok ada kaum yang beraya tentunya ada banyak parking free. Biasa la hari berayanya esok tapi hari ni dah ramai yang amik cuti. Jumaat dah tentu lagi banyak parking space yang kosong. Yeahooo!!

Setiap rabu cam biasa akan meeting ngan big boss kat opis satu lagi. 11.30am dah terpacak kat sana. Tunggu punya tunggu. 12.45 baru diberitahu yang meeting kensel. Cis bedebah!! Dapat la aku beramas mesra ngan member aku kat opis situ. Lama aku tak jumpa dia tapi dia serupa tu jugak. LOL! Aku dapat shining token dari a friend kat opis tu yang baru balik bercuti dari Bali. How sweet of her. (^^)

Balik opis cam biasa akan tapau lunch + makan depan pc sambil browse blog² yang wajib dibaca setiap hari. Lepas makan teruskan keje yang selambak ni. Huru hara sungguh project ni. Ntah bila la nak launch.

Urgh!! Harap boleh up semuanya sebelum launch. Runsing dah aku macam² masalah. Ops!! File kat fcp tak transfer lagi. Kena belajar cara transfer plak. Terkial² aku.

Ahhh.. Lagi haft an hour untuk pulang ke rumah. Sempat memblog plak. Hik.. Hik.. Penat gak kepala pikirkan keje ni tapi yang pastinya ESOK CUTI!!!!!

decoration kat area foyer opis. i like it!

Tuesday, November 6, 2007

Yum!! Yum!!

Sebelum pindah ke rumah (ala² nereka) skang, aku dan dia stay kat Kota Damansara. Aku dan dia memang suka sangat² pegi Ikea. Suasana kat situ memang besh sesangat pada aku dan dia. Kalau aku dan dia ada bajet yang cukup memang akan borong barang kat situ. Bukannya mahal sangat pun kat situ. Kena pandai pilih la.

Aku dan dia memang suka makan so salah satu sebab utama yang aku dan dia suka sangat pegi Ikea dah tentu la makanan² lazat lagi murah kat restoran kat tingkat satu tu. Sabtu lepas aku dan dia pegi sana + order makanan kegemaran masing². Makanannya sama. Hik.. Hik..


Smoked salmon with broccoli.

Daim cake.


Add on brocolli. Ni aku yang mintak.

Bill yang very reasonable.

Kalau boleh memang aku dan dia nak makan menu ni hari² untuk dinner tapi since Ikea tu dah jadi jauh tak dapat la. Sebelum menu ni aku dan dia gilakan meatballs yang enaks itu tapi dah muak. Aku dan dia memang ada persamaan kat situ. Akan suka satu menu dan akan makan menu tu sampai muak. Sebenarnya itu peel aku tapi dia dah terikutkan peel aku tu. Heh.. heh..


aku yang dah terlalu lapar..


Kalau aku ada dan dia ada rezeki lebih memang akan pindah balik ke Kota Damansara. Tak kisah la tempat keja jauh. Aku dan dia suka sangat² duduk area tu.



Saturday, November 3, 2007

Bunga mama

Bunga,

Mama tersangat rindukan awak. Mama hari-hari berdoa supaya bunga sentiasa sihat dan ceria. Kalau boleh mama memang nak bawa bunga tinggal dengan mama di KL ni tapi belum sampai masanya lagi. Mama selalu teringatkan bunga di kampung. Bunga dah makan ke? Bunga happy ke? Bunga rindu kat mama ke? Macam-macam mama pikirkan. Mama risau bukan apa, takut bunga jadi macam adik angkat bunga yang dah arwah bulan April lepas tu. Sampai sekarang mama menangis tau kalau teringatkan dia. Kalau tiba-tiba bunga arwah @ hilang @ melarikan diri tak balik-balik ke rumah. Mama rasa mama boleh jadi gila.

Semalam mama call opah dan sempat tanyakan pasal bunga. Opah kata bunga dah sihat dan kuat makan. Alhamdulillah. Mama tau bunga tercari-cari masa bila mama dah balik ke KL. Opah bagitau mama. Sayu mama dengar. Walaupun mama dah berbulan tak balik jenguk bunga tapi bila mama jejak je kaki ke tanah kat kampung tu bunga terus terkam mama. Mama ingat bunga dah lupakan mama.

Bunga sayang,

Hari Raya Aidiladha nanti kita jumpa ye. Masa tu mama nak minta cuti untuk habiskan cuti tahun mama. Balik tu nanti boleh la mama mandikan bunga sebab masa hari raya lepas bunga sakit ekor. Tak dapat mama nak mandikan. Mama sayang bunga tau. Tunggu mama ye sayang.

muka merajuk bunga.. geram mama tengok..

bunga tido macam dah tak tido 12 minggu..

bunga memang suka tido dalam kereta mama.. mama tak kisah pun..

ps: bunga yang dimaksudkan ialah abang toten kesayanganku dan mama itu adalah ganti diri aku pada bunga.

The Amazing Race Asia II












TARA's 2nd season contestants were attractive + worthwatching. Especially the ladies. Most of them are pretty but not afraid to take the challenge. Can't wait to watch it. It will start on 22nd November on AXN channel 701 Astro. I really hope ladies will win again. Girl power yeah!!!