Sunday, October 19, 2014

Resepi untuk buat Cheesecut [Bergambo]




Assalamualaikum. Dah lama jugak kot tak update pasal masak-memasak ni. Kekurangrajinan kekdahnyer tapi semalam tetiba excited pulak nak buat cheesecut yang tersangat simple lagi sedap hingga menjilat pinggan ini. Maaf ler kalau ada gambar yang agak blur sebab sambil buat cheesecut ni sambil snap gambo. Ehehhe.. Ate.. Moh tengok resepi dan cara nak buat. 


Dah salin atas kertas tak rajin plak nak type balik.. ampun..


ini ler bahan2 yang diperlukan. Biskut tu aku guna apa yg ada kat umah jah sbb tu dlm plastik camtu. Kalau guna biskut merry lagi malatops kots.. leh aku try next time..

Barang2 untuk menyediakan bahan2 akak perkakas dapurnya ialah :

1. mixer ( apa2 pun ok asalkan mixer nak guna tangan pun boleh tapi lenguh ler)
2. mangkuk/besen/bekas untuk mix bahan utama
3. mangkuk atau pinggan yg molong untuk rendam biskut dalam susu
4. loyang untuk merealisasikan kewujudan cheesecut ini (tak kisah bulat atau petak)

Step 1:

Bubuh cheese cream 250g (tapi yg ni 200g jer) dalam bekas untuk diputar sampai hancur


Jadi camni ha..



Step 2:

Campurkan susu pekat manis berkrim disukai ramai tu dalam SEPARUH TIN sahaja supaya idak manis beno ye..


Putar sampai sebati


Step 3 :

Sediakan susu dutch lady kotak tu (kalau ada serbuk nak bancuh pun buleh atau brand lain ke) dalam mangkuk/pinggan tak kisah asal buleh rendam biskut


Rendam gini dalam seminit dua ke tapi make sure jangan sampai lembik pulak ye. Rasanya better guna bekas beso dari ini sbb leh rendam banyak2. Jenuh nak nunggunya 1 per satu ye dak..


Step 4 :

Biskut yang direndam separa lembik tu susun dalam loyang. Ni kira 1st layer


Step 5 :

Dah susun selapis. Sapukan adunan cheese cream ngan susu pekat manis tu tadi bagi rata. Ikut suka ler nak buh banyak mana pun tapi bajet2 la jugak cukup sampai ke atas.


Step 6 :

Tabur nestum atas lapisan adunan cheese cream ngan susu pekat manis tu sebanyak mana yang rasa nak tabur.


Step 7 :

Ulang step 3,4,5 dan 6 sampai dah nak cecah permukaan loyang.

Step 8 :

Ini adalah topping sebenonya. Tuang habis dunan cheese cream ngan susu pekat manis tu tabur selagi mau nestum.


Step 9 :

Boleh simpan dalam fridge nak bagi sejuk dulu baru makan atau nak terus makan pun bolehhhh...

Aku simpan jap dalam fridge dalam setengah jam jer (sbb tak sabo nak makan.. ahhaha) kemudian potong, letak dalam piring dan baca doa makan dan selesaikanlah....


Senangkan? Yang leceh cuma nak rendam biskut dalam susu tu jer..

Selamat mencuba ye uols!!!



No comments: