Friday, October 31, 2014

Topless Nana After School | Orange Caramel



Omo!! Agak terkejut ku tengok gambo ni. Tak sangka Nana ada gambar topless gini. Walaupun hanya "bare back" sajork but still topless kau.. Perghhh!! Sebelum ni memang tak kenal pun sapa Nana ni tapi Nana Mahzan kenal ler.. ehehe.. Comey anak2 dia... Nana yang ni ku kenal lepas tengok Roomates kat OneHD.. Memang lawa budaknya ramai berkenan.. Season 2 pun dia ada gak tapi mungkin akan agak tenggelam sebab ada retis2 lain yang lagi happening.

Apa2 pun memang MALATOPS lah kau Nana... Ngeeeeee

Ni ada info sket pasal Nana..

http://instagram.com/jin_a_nana

Native name임진아
Birth nameIm Jin-ah
BornSeptember 14, 1991(age 23)[1]
OriginCheongju, South Korea
GenresK-pop
Occupation(s)Singer, model
Years active2009–present
LabelsPledis Entertainment
Associated acts
Website
Korean name
Hangul임진아
Revised RomanizationIm Jin-a
McCune–ReischauerIm Jin-a
Stage name
Hangul나나
Revised RomanizationNana
McCune–ReischauerNana

Thursday, October 30, 2014

Cara nak masak "Korean Seafood Pancake Hae Mul Pa Jun" [bergambar]


Setelah siap dimasakkkkkkk!!!

Aje ngan senang bebeno nak masak lempeng Korea ni kome. Asik nengok deme makan kat tv jer so moh kita try masak.

Bahan2 yang diperlukan :

1. 2cawan tepung gandum
2. 2 biji telur yang dipukul
3. 1.5 cawan air
4. Segenggam daun kuchai
5. 5 ekor sotong
6. 10 ekor udang
7. Garam secukup rasa
8. Butter untuk menggoreng
9. Apa2 sos yang kome berkenan nak dicicahkan


* sotong ngan udang tu ikut kome ler nak banyak mana pun asal jangan bengkak kaki akibat gout sudehhhh..


 Pekakas nak memasaknyer termasuk la dapur sekali tapi takkan nak snap jugak. eheheh..


Sotong dah dipotong, kulit udang dah dikopek, daun kuchai dah dipotong lebih kurang panjang dalam 2 inci. Cuma telur belum dipukul lagi.


Tepung, ayo dengan telur dah dipukul dicampokan sekali dengan daun kuchai dalam bekas tu. Biorkan dalam 10 minit.


Sementara tu tumiskan sekejap sotong  dan udang supaya idak ler tak masak dalam tepung tu karang.


Rasa cam beso pukul sekor gini. Next time nak slice 2 atau potong kecik2 lebih sesuai.


Bancuhan tepung tu tuang dalam pan kendian taburkan ler udang ngan sotong tu.. ini ler ropenyer ha..


Caranya lebih kurang cam masak telur dadar jer sebenonya. Rope pun macam telur dadar tadi bukan. Udah ler siap ha... Boleh la cekik...

Udah dikabo awal2 memang senang bebeno.. Ate cepat ler ke paso beli bahan2nya. 

Selamat mencuba ye mengkome semua!!

Tuesday, October 21, 2014

Poster promo untuk “Gangnam 1970″ sudah timbul!!




Sebuah filem gangster yang berlatarbelakangkan pada tahun 1970-an, "Gangnam 1970" mengeluarkan poster promosi rasmi watak utama utamanya, Kim Rae Won dan Lee Minho untuk tatapan umum. 

"Gangnam 1970", juga terkenal dengan judul awalnya, "Gangnam Blues", telah mengeluarkan tiga set poster promosi menggambarkan perjuangan Kim Raewon dan karakter Lee Minho dalam dunia yang penuh dengan rasuah politik dan organisasi jenayah. 

Filem ini diarahkan oleh pengarah Yoo Ha, di mana filem ini adalah filem pertama buat Lee Minho yang memegang watak utama bersama Kim Raewon. Mereka menggambarkan kehidupan Kim Jongdae dan Yongki, dua orang di daerah Gangnam di tahun 1970-an ketika mereka cuba untuk mengatasi kesusahan sosio-politik ketika itu ketika cuba untuk mencapai impian yang berbahaya semasa pembangunan hartanah. 

Poster pertama, yang menampilkan landskap suram seolah-olah mandom dengan beberapa kren dan dua sahabat dalam pakaian yang bersih. Poster-poster kedua dan ketiga, bagaimanapun, membentangkan dua dalam peranan mereka sendiri, yang menggambarkan individu, kasar berjuang, menunjukkan kemungkinan konflik antara kedua-dua watak-watak dalam plot. 

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Korea pada bulan November 2014, jom tonton trailernya kalau korang belum tonton lagi. 

Sunday, October 19, 2014

Resepi untuk buat Cheesecut [Bergambo]




Assalamualaikum. Dah lama jugak kot tak update pasal masak-memasak ni. Kekurangrajinan kekdahnyer tapi semalam tetiba excited pulak nak buat cheesecut yang tersangat simple lagi sedap hingga menjilat pinggan ini. Maaf ler kalau ada gambar yang agak blur sebab sambil buat cheesecut ni sambil snap gambo. Ehehhe.. Ate.. Moh tengok resepi dan cara nak buat. 


Dah salin atas kertas tak rajin plak nak type balik.. ampun..


ini ler bahan2 yang diperlukan. Biskut tu aku guna apa yg ada kat umah jah sbb tu dlm plastik camtu. Kalau guna biskut merry lagi malatops kots.. leh aku try next time..

Barang2 untuk menyediakan bahan2 akak perkakas dapurnya ialah :

1. mixer ( apa2 pun ok asalkan mixer nak guna tangan pun boleh tapi lenguh ler)
2. mangkuk/besen/bekas untuk mix bahan utama
3. mangkuk atau pinggan yg molong untuk rendam biskut dalam susu
4. loyang untuk merealisasikan kewujudan cheesecut ini (tak kisah bulat atau petak)

Step 1:

Bubuh cheese cream 250g (tapi yg ni 200g jer) dalam bekas untuk diputar sampai hancur


Jadi camni ha..



Step 2:

Campurkan susu pekat manis berkrim disukai ramai tu dalam SEPARUH TIN sahaja supaya idak manis beno ye..


Putar sampai sebati


Step 3 :

Sediakan susu dutch lady kotak tu (kalau ada serbuk nak bancuh pun buleh atau brand lain ke) dalam mangkuk/pinggan tak kisah asal buleh rendam biskut


Rendam gini dalam seminit dua ke tapi make sure jangan sampai lembik pulak ye. Rasanya better guna bekas beso dari ini sbb leh rendam banyak2. Jenuh nak nunggunya 1 per satu ye dak..


Step 4 :

Biskut yang direndam separa lembik tu susun dalam loyang. Ni kira 1st layer


Step 5 :

Dah susun selapis. Sapukan adunan cheese cream ngan susu pekat manis tu tadi bagi rata. Ikut suka ler nak buh banyak mana pun tapi bajet2 la jugak cukup sampai ke atas.


Step 6 :

Tabur nestum atas lapisan adunan cheese cream ngan susu pekat manis tu sebanyak mana yang rasa nak tabur.


Step 7 :

Ulang step 3,4,5 dan 6 sampai dah nak cecah permukaan loyang.

Step 8 :

Ini adalah topping sebenonya. Tuang habis dunan cheese cream ngan susu pekat manis tu tabur selagi mau nestum.


Step 9 :

Boleh simpan dalam fridge nak bagi sejuk dulu baru makan atau nak terus makan pun bolehhhh...

Aku simpan jap dalam fridge dalam setengah jam jer (sbb tak sabo nak makan.. ahhaha) kemudian potong, letak dalam piring dan baca doa makan dan selesaikanlah....


Senangkan? Yang leceh cuma nak rendam biskut dalam susu tu jer..

Selamat mencuba ye uols!!!