Friday, May 21, 2010

Baru jer let go my Blackberry Curve 8520..


Minggu lepas dapat tau yang B.Player leh guna kat Bold jah so terus terpikir nak jual Curve yang ada ni. Selasa cakap kat Mya nak jual + tanya² le kot sapa berminat. Semalam ada orang berminat tapi tak sempat nak tengok BB tu. Pagi tadi baru dapat jumpa potential buyer tu. Dia tengok gitu² jah. Tengahari masa g lunch + shopping sun glasses dapat call dari kak ina yang buyer tu berminat nak beli + akan COD petang ni. Kelam kabut la aku balik amik segala barang mak nenek yang dijanjikan tapi tertinggal plak ear piece. Sib baik akak tu sama tempat keje kot tak jenuh.

Maka aku pun mendelete segala benda barang hak milik aku dalam BB tu. Semua ok cuma tak tau camner nak delete all contact. Jenuh gak ku search net tapi tak jumpa. Terpaksa la aku delete satu persatu contact number sebanyak 411 itew. Sib baik tak banyak sangat.

Pukul 6.00 ptg jumpa kak ina kat cafe. RM850 + BB bertukar tangan.

Cam tak caya jer secepat ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Malam ni cadangnyer nak ke Mines usha Bold.

(^^)


Wednesday, May 19, 2010

Bila dah teringin...

Dah lama sangat aku teringin nak buat sendiri biskut cornflakes madu so malam semalam aku berjaya melakukannyer!!!















Aku bawak ke opis dalam 30 bijik + bagi orang rasa. Rata² komen cukup manis sebab biasanya kalau makan cornflakes madu giler babas manisnyer. Alhamdulillah. Boleh la buat jual nak raya nanti.. Miahahah

ps: tips untuk bagi cornflakes tu melekat together² rupanyer kena bubuh gula. Ok tau dah. Next time akan bubuh gula. (^^)


Would like to know your mobile is original or not?!!

type # 6 0 # *

After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:

43 4 5 6 6 1 0 6 7 8 9 4 3 5

- IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was Assembly on Emirates which is very Bad quality :(

- IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it¢s manufactured in Germany which is not bad

- IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it¢s manufactured in Finland which is Good

- IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality ...

- IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was Assembly on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!


Friday, May 14, 2010

Pasal FB.

Masak spageti cecampak jer..

Memula ofkos kena rebus itu spagetilah..

Cendawan butang sudah dihiris agak halus ditumis dengan olive oil.

Udang, capsicum + garlic pun ditumis guna olive oil itew..

Aku guna olive oil yang ini..

Sudah rebus kasik tos itew spageti.

Black pepper kasik tumbuk baek punyer.

Sediakan bekas untuk gaul semua bahan.

Memula bubuh spageti dalam bekas tu then gaul dengan olive oil.

Taruk plak black pepper yang dah ditumbuk agak halus.

Masukkan semua bahan yang ditumis tadi..

Gaul bagi sebati.. Tak sebati tak besh plak..

Skang dah leh makan!!

Simple je kan?? Ala² memang cecampak jer gitu...

Selamat mencuba. (^^)

Suntikan vaksik H1N1 FREE!!!

Mungkin ramai yang belum tau (kalau dah tau baguslah) yang sekarang ni suntikan vaksin H1N1 diberikan secara percuma di Klinik² Kesihatan Kerajaan.

Hari Selasa lepas aku dah pun pegi amik suntikan ni. Awal pagi tu my beloved housemate dah pegi cucuk dulu so dia suh aku pegi jugak. Hari tu aku plan nak pegi The Mines ngan akak kesayangan kat opis tapi terpaksa la dikenselkan sebab nak pegi KK kat Seri Kembangan. Dekat jer KK tu.

Masa nak pegi tu agak jenuh nak ajak kengkawan kat opis pegi sebab macam² alasan derang bagi dek kerana takut dicucuk + takutkan "side effect" dari suntikan tu. Ampeh la korang!! Tapi akhirnya berjaya jugak ajak akak kesayangan kat opis pegi. Tu pun lepas dia call seben dia + seben suruh pegi. Dan jugak lepas dia call doktor keluarga dia yang menyatakan HARUS amik suntikan tu kalau dah disediakan secara FREE oleh klinik kerajaan. Kalau pegi kat private clinic @ hospital akan dicharge dengan harga RM80++.

So pukul 12.30 tengahari aku pun kuar dari opis. Ikutkan nak kuar pukul 12.00 tapi kena tunggu mamat Perancis dari Alcatel Lucent datang untuk bagi update pasal CMS tapi dia tak datang pun. Penat jer tunggu. Bosh pun ntah ilang ke mana. Mencik!!

Sampai KK Seri Kembangan dalam pukul 12.50 tengahari tapi orang kat situ kata KK tutup untuk lunch. Adeh! Kitaorg register + disuruh datang pukul 2.00 petang. Adoyai...

Jadinyer pukul 2.00 ptg aku pun kuar sekali lagi untuk ke KK Seri Kembangan tu. Alhamdulillah pegi dan balik siap cucuk 2 orang ni hanya mengambil masa setengah jam. 2.30 ptg aku dah ada terpacak balik depan pc. (^^)

Saspen gak masa nak cucuk tu. Sapa tak takut jarum oiii! Tapi alhamdulillah tak de apa komplikasi masa cucuk + selepas cucuk. Cuma tangan yang dicucuk rasa lenguh jer..

Kalau nak tau kat KK mana yang ada bagi suntikan ni boleh la rujuk kat link bawah ni..

Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1

First come first serve hokeyy.. Kalau dabes vaksin ni tatau bila derang akan topup balik sebab tu perkara ni tak dihebahkan secara meluas. So cecepat la pegi ye.

Kat bawah ni plak:-

Kesan sampingan pengambilan vaksin H1N1 (seperti tertera pada pamplet yang diberikan oleh petugas di Poliklinik Kelana Jaya) Sering berlaku * sakit kepala
* keletihan
* kesakitan, kemerahan, bengkak atau benjolan pada tapak suntikan
* demam
* sakit otot, sendi

Kerap berlaku

*rasa panas, gatal atau lebam pada tapak suntikan
* berpeluh, menggigil dan gejala selesema
* pembengkakan kelenjar di leher, di ketiak, atau di bahagian sulit

Agak jarang-jarang berlaku

* rasa mencucuk/kebas di tangan/kaki
* mengantuk
* pening
* cirit, muntah, sakit perut
* gatal dan ruam
* ganguan tidur
* gejala kulit seperti inflamasi dan ruam gatal

Jarang-jarang berlaku
* kesan alergi yang menyebabkan penurunan tekanan darah secara mendadak
* sawan
* rasa menikam yang tajam
* pendarahan/lebam serius

Amat jarang-jarang berlaku
* inflamasi pada salur darah yang menyebabkan ruam kulit, sakit sendi, dan masalah buah pinggang
* lumpuh

Setakat ni kesan yang jadi pada aku ialah
kesakitan, kemerahan, bengkak atau benjolan pada tapak suntikan jer.. Lelain tak de. Alhamdulillah.. Seeloknyer lepas cucuk tu tuam dengan towel panas kat bahagian kena cucuk tu + telan panadol.. InsyaAllah ok.

Ini kesan kena cucuk tu. Merah + agak bengkak. Aku snap gambar ni masa lunch semalam.

So pada korang yang tak g cucuk lagi tu sila la pegi cucuk dengan kadar segera sebab bila dah cucuk insyaAllah 98% kita takkan kena H1N1. Dengarnya gelombang kedua ni lagi hebat. Wallahualam..




Thursday, May 13, 2010

Nabila Huda (anak Amy Search) selamat melahirkan Kheisya Laila.

Sempat buat ROCK sign lagik!! Cayalah!!

Welcome to the world Kheisya Laila.

A very proud atuk + nenek with mum + dad.

Kheisya Laila binti Zaidi Zailani

Nabila selamat melahirkan Kheisya Laila pada 11 May 2010 jam 4.20pm di Gleneagles Intan Medical Centre.

Tembamnyer pipi Kheisya!!


Nabila + Zaidi bernikah pada 6 Disember 2008.


Ni gambar masa tengah buat preparation utk majlis kawen.. such a sweet couple..