Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Since dah berusia (ehemm.. ehemm..) ni memang tak berapa nak rasa sangat la suasana raya tu. Lain le pada orang yang sebaya ngan aku tapi dah beranak-pinak. Mesti ada rasa nak raya sebab sibuk shopping baju raya anak2. Aku ada anak gak tapi anak aku tak ikut raya sama. Aku anto derang boarding kat St. Angels dekat ngan umah aku. Baju raya derang memang aku tak de belikan sebab derang tak ske pakai baju. Hehehhe..

Cakap pasal boarding tu risau gak aku. Leh ke derang bertahan terkurung dalam sangkar selama seminggu kat situ? Sian plak aku kat derang bila dikenang2kan tapi kalau nak bawak balik susah gak. Maklum le raya mesti la busy. Umah kat kampung cam kebiasaan rumah bawah bukan apartment. Ntah ke mana plak derang merayau nanti kalau dibiarkan. Tu yang aku amik keputusan nak hantar boarding. Tak pe la kalau terpaksa keluarkan duit lebih sket. Aku cuma risau aku balik nak amik derang nanti derang merajuk. Kalau merajuk monyok tak per lagi. Kot merajuk tanak makan plak. Jenuh la gitu. Harap2 semua ok la.

Sebelum aku bertolak balik kampung esok aku akan hantar derang ke situ. Rasanyer mesti aku nangis. Huhuhu. Tak pernah berpisah ngan derang skang nak berpisah seminggu. Sedihnyer.. 2, 3 hari ni cicit 2 ekor tu main bukan main buas lagi. Cam tau nak kena tinggal jer.

Since esok aku dah balik kampung + kat kampung aku tak leh nak online so tak dapat la aku nak update blog aku ni sampai isnin minggu depan. Tatau la kalau tersinggah kat memana cc leh la aku update.. Kalau cc bukan hari raya la.. Heheh..

Cam tahun lepas gak aku ada design kad raya untuk anto thru email kat kengkawan opis. Tahun ni aku buat gak tapi tak dapat nak design beria sebab buat gigiler punya last minute. Design kat bawah ni jer la yang takat aku mampu buat.



Di kesempatan ini (very common words digunakan dalam kad raya) aku nak minta maaf kepada korang yang sudi baca + singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Kot2 ada ayat@gambar yang offended korang tanpa aku sedari. Maafkan aku.

Time beraya tu ingat2 ler jugak orang yang tak bernasib baik (ingat time melantak menu raya, jangan pelahap sangat) + ingat la orang tersayang (ni dah tentu la masa korang racing kat jalan raya time nak balik kampung @ nak gi beraya).

Errr... Nak duit raya.. (^^)

Friday, September 26, 2008

TARA 3 ~ Leg 3

Minggu ni aku terlepas tengok lagi sebab tido gak. Huhuhu. Tapi aku dah tau sapa terkeluar + roomate tercinta dah citerkan dari A-Z sampai aku rasa aku tengok gambo pun dah cukup. Hehhehe.. Aku memang dah agak beauty queen tak tahan lama sebabkan former miss universe punya peel last week. Jadinyer memang la derang terkeluar minggu ni.

Roomate aku kata leg 3 ni memang tough giler task2 derang sampai derang rasa tersiksa. Siannyer. Nasib derang la kan? Dah la hadiah USD100K jer. Tak patut btol.

Natalie dah tak tahan dah.. Alahai..

Tata beauty queen.. Gonna miss u girls..

Muka Pailin menahan sabar bila Natalie kata dia dah tak tahan dah nak teruskan..

Pailin tertonggeng sebab tak berapa nak reti kontrol beca.. Sakit tu..

Udah tak daya bebeno teman wehh!!

Geoff menghempuk padi cam orang ilang akal..

Abah dari India tgh mintak tolon nak settlekan detour..

Semangat semacam jer Geoff..

Dua beradik yang selalu gado tapi bertekad untuk menang. Chayokk!!

Oliver buat muka geram tapi kiut sebab kena naik bas 25 jam.. Keje gile btol!!

Ayokk!! Cam blow up doll plak si Ida.. Heh heh..

Minggu depan dapat ke tengok ek sebab hari tu raya ke 2... Tengok ulangan jer la.. Dah le yang minggu ni langsung tak tengok.. Kena cari kat youtube la gini..

Hantu kambing!!!









warghhh kah kah.. kelako giler!!! kambing yang lain tanak kawan ngan hantu kambing tu... berulang² aku tengok sambil gelak guling² atas meja.. Hhahahah

Hari orang dah start cuti ke?

Sebabnyer pagi tadi jalan tak banyak kereta. Lega gak la sebab aku lambat ari ni. Huhuhu.. Dah la jerebu tebal. Apa lagi yang terbakar @ dibakar kat Indon tu? Mencik betul la. Raya dah dekat ni. Jerebu ni leh bagi sakit. Sib baik ari ni gi keje naik kete. Kot naik motor memang sah aku akan jatuh sakit.

Wednesday, September 24, 2008

Susu untuk orang yang hampir tua cam aku..


Aku memang sedar diri yang aku ni bukan la muda lagi so untuk menjaga tulang supaya tak cepat reput, aku minum susu ni sekotak sehari. Sedappp!! I likeeee!!

Agak2 aku leh ker buat aksi cam Michelle Yeoh cam dalam iklan tu?? heh heh heh..

Garment Rack Cover With Window.

Ada satu hari tu aku bersiar2 kat jusco equinne (sebenarnya hari2 pegi sebab nak main taiko drumm master tu) nak usha lemari kain sebab lemari plastik yang ada dah dihancurkan dengan sungguh berjaya sekali oleh 2 beradik berekor panjang kat umah tu. Tengah kitaorang usha2 lemari yang ada kat situ, roomate tersayang ternampak benda alah ni. Dia tunjuk la kat aku + sajes beli untuk tutup rack seluar supaya tak berabuk. Aku tros setuju sebab memang berabuk habis seluar2 yang bergantung tu.

Gini rupa plastotet covernyer.

Zoom dekat sket.

Bahagian atas bila dah siap pasang.

Ni bahagian bawah plak.

Ni pandangan dari sisi.

Memang menarik btol benda alah ni. Especially untuk orang2 cam aku yang tak de lemari normal. Heheh.. Bukan aku tanak beli lemari tapi since aku dok umah sewa yang ada kontrak, tak rajin ler aku nak mengangkut lemari normal ke sana ke mari. Kalau guna lemari kain@plastik senang jer. Nak pindah cabut besi pastu lipat simpan dalam kotak. Selamat lemari aku tu + senang nak angkat2.

Suka la aku benda ni. Naper aku tak jumpa dari dulu lagi @ benda ni baru ada sekarang? Tak kisah la janji seluar aku selamat dari habuk. Sekali pandang cam kedai sushi pun ada sebab ada pintu. Heheheh.. Nice..

Minyak turun seposen..

Harga petrol, diesel turun 10 sen

PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa esok (tengah malam ini).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40 berkuat kuasa mulai esok. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50 juga berkuat kuasa mulai esok.

Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.

Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar pada Jun lalu.

Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.

Semalam, Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet.



Ini jer yang mampu kabinet bagi pada rakyat?? Seposen jer??

Apartment untuk cicit.

Last friday aku gi beli apartment aka cage besau sket untuk obi + uju. Terbang la duit dalam RM300++. Tak per la demi keselesaan aku + cicit² tu aku sanggup kuarkan duit. Nak memasangnyer tak de susah pun tak berpeluh la jugak sebab berat.

Dah siap pasang seronok obi + uju turun naik tangga. Lega aku derang suka duduk dalam tu..

Ini ukurannyer..

Dah kuar dari kotak petak je rupa. Berat woo..

Dah siap tegak berdiri. Cage tu kena angkat letak atas roda baru siap.


Letak plak para + tangga. Fenin nak susuh memula. hehe

Obi + Uju dah pun dimasukkan ke dalam cage untuk test drive..

Uju ala² tercangak bangak dok dalam cage tu.

Obi wat muka cumil plak. Tampo kang!!

Obi tengah usha uju yang tengah tercium² besi kat bawah tu.

Snap jarak jau.. Alamak.. Tudung saji interprame plak..

Obi dah relax sebelah bola kesayangan.

Kali ni Obi wat muka macho plak.

Uju dah start ajak Obi main aci kejo.

Upacara naik turun tangga bermula sudah.

Tetiba Uju termenung mengenangkan masa depan.

Cage ni aku letak kat luar. Area dapur basah + tempat washing machine.

Dah letak kain kat para derang lepak tu. Kan main lagi Uju main ribbon.

Cam sempit jer bila derang lepak sesama kat situ..

Lagi snap jarak jauh.

Bekas yayak tecit jer. Nak kena beli yang besar sket nampak gayanyer..

Bekas makan + minum.

Riang jer rupa derang. Ni yang mama suka ni. Tak bising.

Besar dah anak jantanmama sekor ni. Mulut dah tak bising sangat.

Anak betina mama yang sekor ni pun dah besar.. Muka dah panjang..

So far alhamdulillah derang suka dok dalam cage ni tapi kengkadang aku letak gak kat dalam cage kecik. Selalunyer kalau derang bising kat luar. Bukan bising pasal apa pun. Bising sebab tak nampak orang.. Manja btol!!!

Tuesday, September 23, 2008

TARA 3 ~ Leg 2

Ni dia 2nd team yang terkeluar. Team adik-beradik dari Korea. Lembik la mamats ni. Nak tangkap ayam pun ala2 separuh arwah. Huhuhu. Tata..

Aku lambat buat entry pasal leg 2 ni sebab aku termiss tengok minggu lepas. Hari ni baru aku tengok. Huhuhuh. Leg kali ni waktu tayangannyer sejam setengah. Tatau apsal panjang plak tapi memang tak terasa langsung sejam setengah tu. Best gilos!!

Since Mai + Oliver yang memula pijak mat pit stop leg 1 so derang la yang dilepaskan dulu untuk teruskan race. Masa tu malam so lepas derang baca clue derang agak tempat yang derang gi tu dah tutup jadinyer derang decide untuk tido kat rumah sapa ntah sebelum gerak ke tempat tu. Padahal derang berdua tak teringat yang berkemungkinan derang perlu amik nombor. Team lain semua bergegas ke Flight of the Gibbon + amik nombot. Esoknyer Mai + Oliver jadi team last sekali untuk buat task. LOL. Padan muka.

1st task derang ni ha. Kena slide dari pangkal pokok A ke pokok B. Pastu diturunkan ke bawah ala2 spiderman gitu. Team Korea masa ni berada di kedudukan no 2.

Minah ni memang kelakar la. Betul2 having fun!!

Lepas jadik spiderman derang kena gi kebun pisang plak. Nak sampai situ semua naik teksi. Racingkan main lagi teksi2 tu dijalan raya. Sib baik tak kena saman. Sampai kat kebun pisang derang kena cari clue dalam beg tapi kena pastikan tak kena tembak ngan snipper yang nyuruk dibelakang pokok pisang @ dalam semak. Tak de la kena tembak bebetul tapi kena tembak ngan peluru paintball yang lajunyer 329km sejam. Fuhhh kalau kena memang sakit woo.. Bernie sampai nangis2 sebab asyik kena tembak. Siap tunjuk lebam kat belakang lagik. Sian.. Sian..
Paling untung si Tania yang menirap nak cari clue. Tak kena tembak langsung pastu cepat jer jumpa clue. Paling tak untung dah tentu la Geoff yang sampai dulu tapi 2nd last dapat clue. Ntah berapa banyak lebam kat badan dia sebab asik kena tembak. Padan muka kau!!
Next clue derang kena gi epot untuk bergegas terbang ke Ho Chi Minh City kat Vietnam. Si Mai kata kat China. Hik hik.. Ida + Tania team 1st yang naik flight pastu sampai ke situ. Cayalah!! Yang lelain naik 2 flight berbeza so ada yang sampai awal + ada yang lambat.

Natalie nangis sebab tak leh terima kena tido kat epot. Miss Universe la katakan. Partner dia selamba jer tido kat situ. Wat tak peduli jer kat dia. Lagi la dia bengang. Huhu

Sampai Vietnam next task kena main simple phone game. Kalau aku memang kacang goreng jer la nak lepas sebab aku memang ske main game. Ihik.. Tapi biasa la bukan semua orang ske main game so ada yang terkial2.

Henry tensen tak hengat adik dia tak reti nak main game tu. Dia menjerit bisu kat belakang sebab tanak ganggu kosentrasi adik dia. Kelakar tapi ini menunjukkan he is a great brother. Tanak pressure adik. Good. I like!!

Dah sudah main game kena cari kedai bunga la plak. Sekalik kedai bunganyer udah tutup. Kena la datang esok pagi. Ada team yang dapat info kedai tu buka kul 7 pagi. Ada yang dapat info kedai buka pukul 6. Malang ke orang yang dapat info pukul 7 tu sebab kedai buka pukul 6. Huhuhu..

Dah dapat clue derang kena naik bas ke Cai Be bas terminal. Kat situ kena buat roadblock Sampan @ Some Walk. Sampan kena punggah buah masuk sampan + dayung ke satu tempat. Some walk plak kena tangkap ayam bawak gi pasar tempat jual ayam. Ramai yang pilih Sampan tapi berenti separuh jalan sebab tak reti berdayung.

Adik + abang gado masa nak cari kedai ayam. Dah la penat kena angkut ayam tu. Tak jumpa kedai plak.
Berpeluh tak ingat adik-beradik Korea masa tangkap ayam. Orang bando katanyer. Tu yang tak daya tu. Alahai.

Dah sudah angkut ayam kena plak gi Thanh Nu Jeanne Darc Vang Lang Church kat Ho Chi Minh. Kat situ derang kena buat keje charity untuk rumah anak2 yatim terpilih. Derang kena beli apa yang rumah anak yatim tu nak. Ada yang kena beli makanan, ada yang kena beli mainan, ada yang kena beli komputer. Ni kira nasib ler. Kot kena beli makanan memang jenuh la nak mengangkutnyer.

Henry tetiba nangis bila sampai kat church tu. Tatau apa sebab dia nangis tapi dia kata dia penat sangat. Boleh gitu??

Ida + Tania sempat melawat anak2 yatim tu. Blah jer dari situ derang nangis sebab kesian tengok dak2 tu. Memang kesian sebab tido atas tikar jer. Huhuhu

Udah selesai buat keje amal derang dapat clue untuk pegi ke next pit stop kat Museum of Vietnamese History. Seronok la derang. Tak sabo nak stop sebab dah dekat 40 jam derang dok terkejar ke sana ke mari.

Gumbira tak hengat derang sampai 1st. Dapat supply minyak Caltex setahun tu. Aku pun nak!!

William + Isaac terpaksa balik Korea. Tercapai la matlamat derang supaya tak terkeluar 1st tapi malangnyer terkeluar 2nd. Huhuhu.

Lusa dah ada leg 3. Tak sabo sungguh nak tengok sebab tengok promo derang tergolek dog bawak beca. Heheheheh...