Tuesday, September 1, 2009

Wednesday, May 27, 2009

Wednesday, March 4, 2009

Anak Betong punya hal..


Senin lepas episode akhir Lagenda : Anak Betong ni so lepas balik keje aku gi Jusco jap makan Sushi King then terus la balik umah. Ulangannyer pukul 8.30 kat TV9. Sempat la aku sampai 8.30 ke rumah tapi aku dapat tengok tak sampai separuh sebab hujan so astro tak de service. Cilake btollllllllllllllllllll!!! Beria aku bergegas. Siot jer.

Frust gak tak dapat tengok episode akhir tu walaupun leh tengok kat utube. Tapi yang nak jadi cerita utama entry ni ialah.. Eceh.. Skema plak ayat. Esok paginyer, semalam la. Aku gi keje cam biasa 8.30 pagi jalan ke kete. Dari jauh aku dah tekan alarm. Sekali tak boleh la pulak. Ah sudahhh... Dah la petang tu aku kena gi PC AF7. Apa hal plak ni?

Huru hara aku dibuatnyer. Takut plak buka pintu guna kunci kang alarm berbunyikan. Aku pun call abang aku camner nak buat. Katanyer kalau bunyik try start enjin pastu kalau bunyik gak cabut la wayar kat bateri. Aku pun buka pintu guna kunci. Sekali tak de apa bunyi. Eh?? Dah tu aku try start enjin. Langsung tak jadi apa.

Rupa²nya aku terlupa tutup lampu semalam!!!! Ya Allah!! Ni gara² kelam kabut sangat nak tengok Anak Betong punya hal la ni. Dah la tak dapat tengok pun. Terpaksa la aku bawak bateri gi kedai untuk charge. Sib baik buah hati pengarang jantung tak keje ari tu. Tak pasal kena bangun pagi tolong aku. Maceh cayang. Mwah!!

Sampai bengkel tak de plak benda nak charge bateri tu. Bawak la jauh sket katayer tak pun guna jumper dia. Siap nak bagi pinjam kete dia lagi. Alhamdulillah maknanya muka aku ni jenis yang leh dipercayai. Tak pun sebab aku awek. Hehehe..

Aku ok jer la tapi kat situ ada sorang pak cik ngan wife dia + cucu dua orang tengah nak repair kete. Dengar masalah aku mak cik tu tros suh laki dia tolong aku. Maceh mak cik. Berpayah susah pak cik tu tolong aku. Alhamdulillah kete aku dah leh start + bateri tu dah recharge. Aku tak sempat pun nak tanya nama pak cik tu. Setakat sempat say thanks sebab dia nak blah cepat. Cucu dia dah meragam

Aku bersyukur sangat dalam masa aku susah ada hamba Allah yang sanggup tolong. Alhamdulillh.

Esok aku wat entry pasal PC AF7 plak ye.

Thursday, February 26, 2009

a MUST SEE video. The BEST!!



Oh my God!!! Even without a script, this short movie almost make me wanna cry. I love it so so much. Plus the guy is cute!!

Monday, February 23, 2009

rindu..


Buat sekian kalinya rasa rindu ini datang lagi
Namun kali ini rasanya berbeza dari kebiasaan
Rasanya lebih kuat
Rasanya lebih mendalam
Rasanya terlalu menusuk jiwa
Rasanya tidak tertanggung lagi
Hampir menitis air mata dibuatnya
Hampir sesak dada dibuatnya
Hampir hilang akal dibuatnya
Kerinduan yang datang tiba-tiba amat mengganggu benakku
Hingga aku hilang tumpuan
Hingga aku terasa tekak sukar untuk dibasahkan
Hingga aku terasa kaki tidak mampu melangkah
Adakah dia juga merasakan sebegini?

Friday, February 20, 2009

Innalillah wa inna lillahi rojiun..

Satu Malaysia dah tau yang abah Dato Siti Nurhaliza dah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad lepas. Katanyer beliau ada penyakit 3 sekawan tu, jantung, darah tinggi + kencing manis tapi masih terkawal. Dah nak sampai ajal. Tak cepat tak lambat. Itu dah janji kita dengan tuhan.

Bulan lepas aku berpeluang pegi ke majlis pelancaran album terbaru Dato Siti (dapat CD free tapi tak dengo² sampai skang.. huhuhu) Lantera Timur. Masa tu 1st time aku bertentang mata dengan arwah. Memang dah arwah la pun pada jasadnyer sebab masa dia pergi tu blom lepas 44 hari pun majlis tu. Memang aku bertentang mata sebab arwah pandang aku tepat sebab aku dok melepak ngan nyah² wartawan yang vogue kat luar tu sambil menghembus. Aku sorang jer perempuan. Ehek!! Tu yang dia pandang tu.

Tak sangka pulak itu kali pertama + terakhir aku jumpa arwah. Sedih betul Dato Siti dengan pemergian abah tersayang. Masa majlis tu dia sempat suapkan pulut kuning kat abah dia + aku dapat saksikan saat tu. Mungkin itu kali terakhir Dato Siti suap abah dia makan.

Dato Siti memang sayangkan parents dia. Memang dari awal lagi kita dah tau yang to her family is everything. Aku harap dia tabah. Tak per la. Hasben dia pun dah cam abah dia gak. Tua... Hohohoh..

Dato Siti ngan abah, mak + hasben.

Cun btol la minah ni!!!!

Jumaat ke 3 februari 2009.

Lama siot aku tak hapdet. Ikutkan memang aku ada banyak content untuk dimuatkan dalam blog yang tak berapa ramai pengunjung ni tapi tak tau naper cam agak kurang rajin nak hapdet. Uhuk!! Tapi hari ni terbuka juga hati aku nak hapdet. Eheheh..

Masa aku hapdet blog ni aku masih kat opis. Kebiasaan selang Jumaat aku akan recod BTS Raja Lawak 3. Patut minggu ni bukan giliran aku tapi since cinta hati aku balik kampung so aku pun jadik cam tak berapa syiok nak balik rumah awal. Memang la ada anak² cicits kat rumah tu tapi tak per la. Biar la derang berdikari sendirian dalam 12 jam mama tak de kat umah. Aku balik kang tak tau ler camner tongganglanggang cage tu dibuatnyer. Dah le wet food dabes lupa nak beli. Adussss...

Anyway biasanyer aku rekod video jer BTS Raja Lawak 3 tu tapi hari ni cam terajin plak snap gambo derang. So tengok la wajah² mungkin kelakar derang ni...

Jihan yang jadik hujan...

Epul (Chot) yang jadik ayam.. obviously..

Ameer (Chot) yang jadi itik.. itik pengkid?? cisss!!

Am yang jadi tangga?

Jadik suara tangga.. Sebab tu pakai baju itam.. huhuhu..

Jun (LNJ) yang jadik nyamuk Cingukuya (err.. tak reti eja)

Jun buat muka comey... Uhuk!!

Lan (LNJ) jadi nyamuk aedes.. Lan tengah cakap ngan adik dia Dekna...

Jep (Sepah) jadi kapur sekolah.. Cam mayat muka... AyokkKKk!! Masa ni dia tengah nyanyi..

Sepah + akak² make up artis yang vogue the vass..

Mamat (Sepah) yang jadik kapur sireh.. Syuib muka separuh jadik kapur barus..

Reza yang meletops!!!

Ni Jun yang snap.. Waktu senja cantik katanyer.. Dia selalu jadi assistant cameraman kepada aku.. Hohoho..

Ni pun Jun gak snap.. Bunga yang banyak kat sekitar opis aku...

Skang budak² tu semua tengah perform.. Tatau la sapa yang akan terkeluar minggu ni. 2 orang @ 3 orang. 3 orang sebab kalau ada group yang terkeluar dah tentu la jadi 3.. Kalau solo 2 jer la.. Aku agak mungkin Am + Amir yang terkeluar.. Tak pun Am + Chot sebab Chot perform memula.. Takut orang lupa vote.. @ Am + LNJ.. Ntah ler.. Sapa² pun yang keluar aku akan kena gak rekod BTS masa final nanti. Next week bukan aku. Yeahoooo...