Monday, January 26, 2009
Aku cuba...
Masa belajar tu memang wajib ada camera so aku minta abah aku belikan camera SLR tu. Abah aku pun memang minat fotografi so dia memang tak de hal nak belikan. Masa tu abah aku belikan camera Yashica harganya RM800++ sebab tu pun abah aku beli Yashica sebab murah. Kalau Nikon @ Sony @ Canon mahal sket harganyer. Masa memula belajar memang beratus gambar aku tangkap + beratus jugak yang tak menjadi. Maklum le nak kena set aperture, speed + ecposurenyer secara manual. Payahnyerrr... Skang pun kalau aku nak tangkap gambar + set benda2 alah tu memang la aku tak ingat dah. Ni semua gara2 camera Yashica tu rosak. Bila camera tu rosak jadik cam terkubur la niat aku untuk jadi profesional fotografer. Ewah!!
Skang aku berazam nak aktif balik (poyonyer ayat) dalam bidang fotografi ni. Aku kena la kumpul duit dulu untuk beli camera. Skang dah senang sebab memang banyak pilihan + function. Pilih jer mana yang nak. Janji ada duit. Aku tatau le berapa lama nak kena simpan duit tu tapi aku akan cuba bersungguh2.
Ni gambar kat bawah ni guna camera Canon PowerShot A580 8 megapixel. Leh tahan gak la hasil gambar yang disnap guna camera ni. Gambar ni aku snap petang tadi lepas kecewa tak dapat tengok gerhana matahari. Modelnyer Ulu yang montel tu.
Ok tak gegambar kat bawah ni? Aku ada talent tak??
Sunday, January 25, 2009
Acara mengemas.

Semalam aku sampai Bt Gajah dah nak tengah malam. Konon nak gerak subuh tapi period pain la pulak so petang la baru gerak. Nak gerak pagi tak sanggup nak ngadap panas. Ekon kete aku rosak. Sampai je umah ingat nak kuar balik gi makan sekali bocor la pulak dah. Bocor teruk sampai tak leh pakai suar tu. Kena la aku basuh. Dah la bawak satu suar jer. Kusi kete pun kena sket. Huhuhu. Ni la nasib orang perempuan.
Pagi ni kitaorang bangun awal untuk acara mengemas bebarang kat dalam stor. Bulan 3 nanti abang Jaa nak kawen so kena la kemas rumah yang dah ala2 tongkang pecah ni. Barang2 kitaorang memang dah elok dalam kotak dah tapi nak kena la bongkar balik kot mana yang tak patut disimpan tu elok buang je la.
Dari pukul 9 pagi sampai 5 petang kitaorang ngemas. Yang lamanyer sebab ada banyak album gambar so ngadap la gambar2 lama tu kejap (lama sebenarnya) sambil senyum + gelak sengsorang (kengkadang berduet) tengok gambar2 tu. Gambar time aku kurus pun ada. Dulu time aku kurus, rupanyer aku jongos. Wakakakak. Maklum la gigi beso jadi tak sepadan ngan muka kecik aku yang dulu. Skang muka dah besar jadi cam sesuai je la ngan gigi2 beso aku tu. Nyeh... Nyeh..
Dah selesai ngemas gi la Tesco (memang aku nak boikot Israel tapi kat situ jer makanan kucing jual murah) kat Section 18, Pengkalan Peguh tu. Dekat jer ngan Bt Gajah ni. Di sebabkan masa tu time makan besar so tak de la sesak sangat Tesco tu.
Dah selesai bayo makanan kucing 10 tin aku beli. Ingat nak lepak2 la mana yang patut tapi penat sudah so balik umah + tido.
Alhamdulillah barang2 tu dah selesai dikemas. Dari berkotak2 last2 tinggal 4 kotak jer yang dah siap dilabel + dicatat apa yang ada di dalamnyer. Sakit gak la pinggang ngadap benda tu tadi tapi rasa lega tu dah mengatasi rasa sakit. Esok nak ngemas dalam bilik plak.
Thursday, January 22, 2009
Aku tak jeles. Normalkan?

Lepas baca entry pasal Rahsia Bulan Kelahiran Anda kat blog Syah. Aku terus nak buat entry pasal jeles@cemburu sebab kalau ikut kat entry tu orang yang lahir bulan April "Sangat cemburu dan terlalu cemburu" walhal aku ni langsung tak de perasaan tu. Memang sejak azali aku ni jenis yang tak reti nak cemburu. Agak banyak kali gak buah hati pengarang jantung aku majuk sebab aku tak jeles. Sampai gaduh pun ada sebab aku tak jeles. Katanya kalau tak jeles tu tandanya tak sayang. Ye ke? Mungkin betul jugak la kalau tak jeles tak sayang tu tapi aku sayang buah hati aku cuma tak jeles. Dia nak call ex dia ke, nak chat ke, nak sms ke, nak gi jumpa ke. Buat la sebab aku memang tak de hal. Aku percaya kat dia. Aku percaya yang dia dengan aku + takkan sanggup buat yang bukan² ngan ex dia tu.
Bukan aku tak jeles tapi rasa percaya tu lebih tinggi dari rasa jeles. Berbeza sungguh la aku ngan dia. Kot mamak jual rokok senyum kat aku pun dia dah sibuk tanya apahal nak senyum² kat aku. Huhuhuhu. Jeles berapi dia tu walaupun aku ni tak secantik Angelina Jolie @ Miranda Kerr. Hehehe..
Aku pun kengkadang risau gak ngan rasa tak jeles aku ni. Melampau beno kengkadang tak jelesnyer. Adakah aku memang tak sayang buah hati aku? Adakah aku ni tak normal? Adakah aku ni seorang alien sesat? Kekadang la aku risau tu sebab aku memang jarang sangat pikir pasal hal² ni. Dalam erti kata sebenar aku bukan seorang pemikir. Hohohoh.
Baik aku sambung keje aku dari pikir mende² ni. Tak jadi cuti plak aku esok. Huhuhu
Aduh. Sakit kepalaku!

Tiba² kepala aku sakit plak masa buat editing. Rasa cam nak tumbang pun ada so aku gi la tapau makanan. Mungkin sebab aku lapar. Dah selesai makan wantan dry mee yang sedap itew kepala aku masih lagi sakit. Aduyai. Dah la semua benda nak kena up hari ni jugak sebab esok sampai rabu minggu depan aku cuti. Ishk! Runsingnyer. Dah la tak de panadol nak ditelan. Hmm.. Aku nak gi beli 100plus la kat cafe. Katanya leh ngubat sakit kepala. Mata aku dah berat giler ni. Ni mesti semua sebab buat editing secara terlampau la ni.
Aduhhhh...
Tuesday, January 20, 2009
Gara² tak de keje tetap.
Monday, January 19, 2009
Update minggu lepas.
Badan pun dah kembali kurus cam anak dara dulu...Aku skang memang bizi tak hengat. Ngan hal video Mawi kawen tak settle² lagi. Tambah plak ngan Raja Lawak plak. Aduh.. Fenin.. Letih..
Esok aku datang kije lewat sket sebab nak gi amik hadiah orang tu yang menang teka bola futsal Kosmo. Tahniah laling. Mwahhh
Sunday, January 18, 2009
Raja Lawak 3.
Dah nak start dah.. Aku kena record BTS so kena stay back lepas keje sampai tengah malam.. Huhuhuhu...
Monday, January 12, 2009
Mawi + Ekin 1001 malam di POTGH.
Semalam selesai la sudah majlis gilang gemilang cemerlang terbilang persandingan kali ke 3 pasangan overrated di M'sia Mawi + Ekin di Palace of The Golden Horses. Persandingan yang lebih kepada persembahan pada aku sebab ada drama bagai. Dasat!!
Seawalnya aku memang tak de terlibat langsung untuk turun padang di mana2 majlis Mawi + Ekin ni. Tapi hari Isnin lepas senior exec tanya aku kalau aku free untuk rekod red carpet masa majlis kat POTGH tu. Since dia kata perlu rekod untuk red carpet je, aku pun setuju. Bukan susah sangat punkan. Orang jalan nak masuk aku rekod. Senang keje pacak jer tripod. Aku pun tak pernah jejak kaki kat POTGH tu. Takat lalu kat driveway main enterence jer penah sekali. Tu pun rasa cam gi tempat gergasi jer sebab aku ni drive kancil so rasa cam kecik sangat. Rasa cam hilang pun ada bila lalu kat situ. Serba besar kat situ. Huhuhuhu.
Anyway Sabtu pagi tu aku dah sibuk call + sms sana sini tanya pasal tag + aturcara sbb x diberi lebih awal. Bijak sungguh exec aku tu.. Ishk! Sib baik aku geng ngan dak2 MURAI tu. Kot tak haru gak jadinyer.
6.00 petang aku sampai kat POTGH + parking kat basement. RM5 kena bayo parkingnyer per entry. Sib baik tak mahal. Tak per leh claim nanti tu. Majlisnyer buat kat Le' Marquee, laman tasik hotel itu. Ada khemah putih besar tempat para VVIP bakal bersantap sambil mengadap mempelai. Cantik. Itu yang terlintas di kepala aku masa memula sampai kat situ. Nampak meriah ngan ramai orang. Sapa la orang2 yang ramai tu selain dari crew2 la. Rupanyer orang ramai yang datang nak tengok dari luar sebab buat kat open air.
Dipendekkan cerita sebab aku dah tak rajin nak menaip secara detail apa yang jadi semalam. Akhirnya aku dapat gak merasa duduk kat meja bersantap tu. Thanks Elly sebab tak lupakan kitaorang. Patutnyer orang yang dapat kad jemputan jer leh masuk dalam khemah tu + makan tapi since banyak tempat kosong, kitaorang pun dipanggil join sekali. Ngan aku yang dah serabai sebab berpeluh2 buat keje terkejar ke sana sini tu selamba je duduk kat situ. Orang tak peduli pun. Bukannyer aku bogel ke apakan? Heheheh..
Memang mewah sungguh suasana kat dalam khemah tu. Jambangan bunga ros segar yang dihias cantik atas meja + memang semuanya cantiklah. Takkan la tak cantik plakkan? Makanan plak superb! Sampai senak perut aku dibuatnyer. Walaupun aku makan sikit je. Time makan didendangkan plak dengan lagu2 yang besh dari dak2 AF tu. Ada gak yang cam tak besh tapi aku tak pedulik dah sebab syok makan. Kuang kuang kuang.
Alhamdulillah dapat gak merasai suasana majlis yang gempak habis tu. Sebelum aku terlupa aku memang kesian sungguh tengok kuda2 yang ketakutan bila dengar bunyi letupan2 confetti tu. Nasib tak jadi apa2 tapi kesian btol aku tengok kuda2 tu. Ishk.. Ishk.. Sekali sekala tak pe la kot. Boleh gitu.
Berakhir la sudah saga majlis perkahwinan Mawi + Ekin. We'll see what will happen next. Ihik..
Sunday, January 11, 2009
3 minggu kemudian..
Pewut Uju cuma nampak satu line jer.
Ni ha jelas sket. Tak nampak kesan jahitan pun.
Tapi pewut masih labuh. Heheheh. Tak dapek nak tolong le dah memang gitu.
Tote Obi pun dah tumbuh bulu. Cam tak de kena sunat pun.
Heheheh.. Sowi montot Obi kotor. Pemalas nak cuci montot dia ni. Mencik..Alhamdulillah tak de apa masalah timbul lepas derang dineuter cuma makin buas ada la. Tak sabar nak tunggu derang slow down kebuasan derang tu. Sementara tu aku terpaksa la sabarkan diriku ini melayan kerenah derang.
Mama sayang Obi + Uju sangat2!!
Secret Santa.
Last 2 year aku join gak. Aku beli mug kat kedai 5 hengget tu tapi mug tu harga RM9.90. Camner kedai 5 hengget leh ada mug rege gitukan? Cam tak betul jer. Mug tu tangkalnyer badan harimau. Cute! Sayangnyer masa hari yang ditetapkan aku cuti plak tapi aku dah pass dah hadiah tu kat dak opis yang pegi. Esoknyer aku dapat la hadiah dari orang lain tu. Aku dapat pin santa claus. Wakakakak. Terus la ku buang saja. Buat apa aku simpan sebab aku join sebab nak seronok2 je. Errr.. Salah ke ek? Sekarang baru mau tanya. Aduhhh..
Anyway tahun lepas aku awalnyer malas nak join sebab malas nak gi beli hadiah + hari tu pun aku cuti. 2 hari kendiannyer ada plak yang tanya sapa nak tukar hadiah sebab dia tak bawak masa hari yang ditetapkan tu. Dia cadangkan tukar esoknyer. Malam tu aku terus la beli hadiah. Since aku tau sapa yang akan dapat hadiah tu aku dah tau dah apa nak beli.
Hadiah yang aku dapat dari dia memang tak aku jangka sebab mamat ni memang kedekut pahit punya orang. Ingat dia nak bagi roti kat aku sekali roti tipu daa.. Cam real siot. I love it.
Cutekan!! Bila pegang memang cam roti. Bau pun cam roti.
























