Thursday, January 22, 2009

Aku tak jeles. Normalkan?


Lepas baca entry pasal Rahsia Bulan Kelahiran Anda kat blog Syah. Aku terus nak buat entry pasal jeles@cemburu sebab kalau ikut kat entry tu orang yang lahir bulan April "Sangat cemburu dan terlalu cemburu" walhal aku ni langsung tak de perasaan tu. Memang sejak azali aku ni jenis yang tak reti nak cemburu. Agak banyak kali gak buah hati pengarang jantung aku majuk sebab aku tak jeles. Sampai gaduh pun ada sebab aku tak jeles. Katanya kalau tak jeles tu tandanya tak sayang. Ye ke? Mungkin betul jugak la kalau tak jeles tak sayang tu tapi aku sayang buah hati aku cuma tak jeles. Dia nak call ex dia ke, nak chat ke, nak sms ke, nak gi jumpa ke. Buat la sebab aku memang tak de hal. Aku percaya kat dia. Aku percaya yang dia dengan aku + takkan sanggup buat yang bukan² ngan ex dia tu.

Bukan aku tak jeles tapi rasa percaya tu lebih tinggi dari rasa jeles. Berbeza sungguh la aku ngan dia. Kot mamak jual rokok senyum kat aku pun dia dah sibuk tanya apahal nak senyum² kat aku. Huhuhuhu. Jeles berapi dia tu walaupun aku ni tak secantik Angelina Jolie @ Miranda Kerr. Hehehe..

Aku pun kengkadang risau gak ngan rasa tak jeles aku ni. Melampau beno kengkadang tak jelesnyer. Adakah aku memang tak sayang buah hati aku? Adakah aku ni tak normal? Adakah aku ni seorang alien sesat? Kekadang la aku risau tu sebab aku memang jarang sangat pikir pasal hal² ni. Dalam erti kata sebenar aku bukan seorang pemikir. Hohohoh.

Baik aku sambung keje aku dari pikir mende² ni. Tak jadi cuti plak aku esok. Huhuhu

Aduh. Sakit kepalaku!


Tiba² kepala aku sakit plak masa buat editing. Rasa cam nak tumbang pun ada so aku gi la tapau makanan. Mungkin sebab aku lapar. Dah selesai makan wantan dry mee yang sedap itew kepala aku masih lagi sakit. Aduyai. Dah la semua benda nak kena up hari ni jugak sebab esok sampai rabu minggu depan aku cuti. Ishk! Runsingnyer. Dah la tak de panadol nak ditelan. Hmm.. Aku nak gi beli 100plus la kat cafe. Katanya leh ngubat sakit kepala. Mata aku dah berat giler ni. Ni mesti semua sebab buat editing secara terlampau la ni.

Aduhhhh...

Tuesday, January 20, 2009

Gara² tak de keje tetap.

Sebelum aku dapat keje yang aku dok hadap skang ni. Aku dok umah ngadap internet hampir 24 jam. It's the best time of my life walaupun purse selalu berabuk. Macam² aku layan. Salah satu darinyer aku buat banner tecit² kat bawah ni untuk satu kontes kat satu porem ni.

Amacam? OK tak banner² ni?















Monday, January 19, 2009

Update minggu lepas.

Rabu 14 Jan 09 - Aku berpeluang untuk join Ayie gi cover story launching album Dato Siti Nurhaliza di Tingkat 1, Dewan Besar Tun Rahah. Dapat CD pree + makan pree tapi aku gi sebab wat keje. Dah nama ikut press. Majlis patut start pukul 2 ptg tapi pukul 3 ptg baru start. Habisnyer plak pukul 6.30 ptg. Penat aku nunggu tapi aku kagum tengok Siti melayan semua media dari pukul 3 tu sampai la pukul berapa ntah sebabnyer 6.30 aku dah cabut. Lama dah aku tak face 2 face ngan Siti. Masa memuda dulu aku kipas susah nak mati. Bila ingat balik memang akan gelak sengsorang. Kelako.

Jelitanyer dia.. Ya ampun..

Badan pun dah kembali kurus cam anak dara dulu...

Sabtu 17 Jan 09 - Ni sebab nak nolong press la lagi ni punya hal. Kena la aku berkampung dari pukul 12 tengahari sampai 6 ptg kat Stadium Bukit Jalil ngadap orang nak odisen AF7. Dah le panas. Tak silap aku 800+ orang yang mendaftar untuk odisen hari 1st tu. Ramainyer nak jadik penyanyi. Ishk.. Ishk.. So far yang aku tengok tak de sorang pun yang ada aura @ rupa cam bakal juara AF.. Ntah ler..

Aku skang memang bizi tak hengat. Ngan hal video Mawi kawen tak settle² lagi. Tambah plak ngan Raja Lawak plak. Aduh.. Fenin.. Letih..

Esok aku datang kije lewat sket sebab nak gi amik hadiah orang tu yang menang teka bola futsal Kosmo. Tahniah laling. Mwahhh

Sunday, January 18, 2009

Raja Lawak 3.

Klik kot nak jengah websitenyer.

Klik untuk tengok yang beso.

Dah nak start dah.. Aku kena record BTS so kena stay back lepas keje sampai tengah malam.. Huhuhuhu...

Monday, January 12, 2009

Mawi + Ekin 1001 malam di POTGH.

Kad jemputan yang cantik. I like!! Pada la pun dengan majlisnyer. Dasat!!

Raja + permaisuri ala padang pasir gitu. Mahal giler baju derang tu weh!!

Semalam selesai la sudah majlis gilang gemilang cemerlang terbilang persandingan kali ke 3 pasangan overrated di M'sia Mawi + Ekin di Palace of The Golden Horses. Persandingan yang lebih kepada persembahan pada aku sebab ada drama bagai. Dasat!!

Seawalnya aku memang tak de terlibat langsung untuk turun padang di mana2 majlis Mawi + Ekin ni. Tapi hari Isnin lepas senior exec tanya aku kalau aku free untuk rekod red carpet masa majlis kat POTGH tu. Since dia kata perlu rekod untuk red carpet je, aku pun setuju. Bukan susah sangat punkan. Orang jalan nak masuk aku rekod. Senang keje pacak jer tripod. Aku pun tak pernah jejak kaki kat POTGH tu. Takat lalu kat driveway main enterence jer penah sekali. Tu pun rasa cam gi tempat gergasi jer sebab aku ni drive kancil so rasa cam kecik sangat. Rasa cam hilang pun ada bila lalu kat situ. Serba besar kat situ. Huhuhuhu.

Anyway Sabtu pagi tu aku dah sibuk call + sms sana sini tanya pasal tag + aturcara sbb x diberi lebih awal. Bijak sungguh exec aku tu.. Ishk! Sib baik aku geng ngan dak2 MURAI tu. Kot tak haru gak jadinyer.

6.00 petang aku sampai kat POTGH + parking kat basement. RM5 kena bayo parkingnyer per entry. Sib baik tak mahal. Tak per leh claim nanti tu. Majlisnyer buat kat Le' Marquee, laman tasik hotel itu. Ada khemah putih besar tempat para VVIP bakal bersantap sambil mengadap mempelai. Cantik. Itu yang terlintas di kepala aku masa memula sampai kat situ. Nampak meriah ngan ramai orang. Sapa la orang2 yang ramai tu selain dari crew2 la. Rupanyer orang ramai yang datang nak tengok dari luar sebab buat kat open air.

Dipendekkan cerita sebab aku dah tak rajin nak menaip secara detail apa yang jadi semalam. Akhirnya aku dapat gak merasa duduk kat meja bersantap tu. Thanks Elly sebab tak lupakan kitaorang. Patutnyer orang yang dapat kad jemputan jer leh masuk dalam khemah tu + makan tapi since banyak tempat kosong, kitaorang pun dipanggil join sekali. Ngan aku yang dah serabai sebab berpeluh2 buat keje terkejar ke sana sini tu selamba je duduk kat situ. Orang tak peduli pun. Bukannyer aku bogel ke apakan? Heheheh..

Memang mewah sungguh suasana kat dalam khemah tu. Jambangan bunga ros segar yang dihias cantik atas meja + memang semuanya cantiklah. Takkan la tak cantik plakkan? Makanan plak superb! Sampai senak perut aku dibuatnyer. Walaupun aku makan sikit je. Time makan didendangkan plak dengan lagu2 yang besh dari dak2 AF tu. Ada gak yang cam tak besh tapi aku tak pedulik dah sebab syok makan. Kuang kuang kuang.

Alhamdulillah dapat gak merasai suasana majlis yang gempak habis tu. Sebelum aku terlupa aku memang kesian sungguh tengok kuda2 yang ketakutan bila dengar bunyi letupan2 confetti tu. Nasib tak jadi apa2 tapi kesian btol aku tengok kuda2 tu. Ishk.. Ishk.. Sekali sekala tak pe la kot. Boleh gitu.

Berakhir la sudah saga majlis perkahwinan Mawi + Ekin. We'll see what will happen next. Ihik..



Sunday, January 11, 2009

3 minggu kemudian..

Pewut + tote anak2 aku dah sihat dah. Heheheheh.. Tengok ler gambo2 kat bawah ni. (^^)


Pewut Uju cuma nampak satu line jer.

Ni ha jelas sket. Tak nampak kesan jahitan pun.

Tapi pewut masih labuh. Heheheh. Tak dapek nak tolong le dah memang gitu.

Tote Obi pun dah tumbuh bulu. Cam tak de kena sunat pun.

Heheheh.. Sowi montot Obi kotor. Pemalas nak cuci montot dia ni. Mencik..

Alhamdulillah tak de apa masalah timbul lepas derang dineuter cuma makin buas ada la. Tak sabar nak tunggu derang slow down kebuasan derang tu. Sementara tu aku terpaksa la sabarkan diriku ini melayan kerenah derang.

Mama sayang Obi + Uju sangat2!!

Secret Santa.

Dak opis aku ramai Chinese so tiap tahun bila nak dekat Xmas derang akan buat la acara tukar2 hadiah aka secret santa. Tak kisah la sapa nak join pun. Seronok2 tukar2 hadiah. Syaratnyer hadiah tak lebih dari RM10 tapi tak kurang dari RM5. Pastu tak leh bagi makanan. Hadiah2 tu dikumpulkan + di nomborkan. Kendian masing2 cabut hombor + amik la hadiah yang bernombor tu so kita takkan tau sapa punya hadiah yang kita dapat. Biasanya derang akan bagitau gak sapa yang bagi hadiah tu. Heheheh.

Last 2 year aku join gak. Aku beli mug kat kedai 5 hengget tu tapi mug tu harga RM9.90. Camner kedai 5 hengget leh ada mug rege gitukan? Cam tak betul jer. Mug tu tangkalnyer badan harimau. Cute! Sayangnyer masa hari yang ditetapkan aku cuti plak tapi aku dah pass dah hadiah tu kat dak opis yang pegi. Esoknyer aku dapat la hadiah dari orang lain tu. Aku dapat pin santa claus. Wakakakak. Terus la ku buang saja. Buat apa aku simpan sebab aku join sebab nak seronok2 je. Errr.. Salah ke ek? Sekarang baru mau tanya. Aduhhh..

Anyway tahun lepas aku awalnyer malas nak join sebab malas nak gi beli hadiah + hari tu pun aku cuti. 2 hari kendiannyer ada plak yang tanya sapa nak tukar hadiah sebab dia tak bawak masa hari yang ditetapkan tu. Dia cadangkan tukar esoknyer. Malam tu aku terus la beli hadiah. Since aku tau sapa yang akan dapat hadiah tu aku dah tau dah apa nak beli.

Hadiah yang aku dapat dari dia memang tak aku jangka sebab mamat ni memang kedekut pahit punya orang. Ingat dia nak bagi roti kat aku sekali roti tipu daa.. Cam real siot. I love it.


Cutekan!! Bila pegang memang cam roti. Bau pun cam roti.
Ni kot nama kedai tempat dia beli tu. Katanya kat Mid Valley kedai tu.

Thanks Albert. I hope you like my gift. Pokok Xmas yang aku beli kat JJ. Ku beli sebab regenyer RM9.90. (^^)

Friday, January 9, 2009

Adios Danie.



It's been awesome!! Hopefully you will have a blast at the new place.

Love u always sista!!

Thursday, January 8, 2009

Pineapple Express + Yes Man



Yes Man aku gi tengok kat panggung. Pineapple Express aku beli DVD.

Yes Man memang kelakar tak hengat sampai aku rasa cam terover gelak. Baper kali kena siku dek buah hati sebab gelak tak ingat donia kat dalam panggung tu. Memang hilarious gilerlah citer ni. Walaupun Jim Carrey nampak tua tapi cam sepadan jer digandingkan dengan Zooey Deschanel yang kiut miut tu. Aku suka giler lagu² nyanyian dia dalam muvi ni. Band plak happening tak hengat. Nama pun Munchausen By Proxy. Nice!! Hahahah. Aku memang recommend 100% kalau orang tanya besh ke tak citer ni. Aku dah fall in love ngan watak Zooey Deschanel + lagu² nyanyian dia. Aku kasik 5 bintang untuk muvi ni. Besh tak hengat!!!

Pineapple Express plak leh tahan kelakar gak tapi kelakar lain macam sket la. Cam citer ting tong pun ada tapi aku layan gak. Masa tengok tu memula berdua sekali dah tengah² citer tinggal aku sorang yang tengok. Sorang lagi sudah zzzZZzzzz.. Jalan citer agak slow tapi menarik pada aku. Tak sangka sungguh James Franco akan lakonkan watak yang cam gini. Stone semedang. Walaupun nampak busuk tapi still cute! Heheheh.. Citer ni memang kelakar la. Bila teringat muvi ni memang rasa nak gelak sorang². Hahaha. Aku recommend gak la kalau orang nak tengok tapi mungkin tak semua orang akan suka.

Malam kang nak layan Ironman plak. Semalam dah layan Reservation Road kat HBO.