Friday, January 9, 2009

Adios Danie.



It's been awesome!! Hopefully you will have a blast at the new place.

Love u always sista!!

Thursday, January 8, 2009

Pineapple Express + Yes Man



Yes Man aku gi tengok kat panggung. Pineapple Express aku beli DVD.

Yes Man memang kelakar tak hengat sampai aku rasa cam terover gelak. Baper kali kena siku dek buah hati sebab gelak tak ingat donia kat dalam panggung tu. Memang hilarious gilerlah citer ni. Walaupun Jim Carrey nampak tua tapi cam sepadan jer digandingkan dengan Zooey Deschanel yang kiut miut tu. Aku suka giler lagu² nyanyian dia dalam muvi ni. Band plak happening tak hengat. Nama pun Munchausen By Proxy. Nice!! Hahahah. Aku memang recommend 100% kalau orang tanya besh ke tak citer ni. Aku dah fall in love ngan watak Zooey Deschanel + lagu² nyanyian dia. Aku kasik 5 bintang untuk muvi ni. Besh tak hengat!!!

Pineapple Express plak leh tahan kelakar gak tapi kelakar lain macam sket la. Cam citer ting tong pun ada tapi aku layan gak. Masa tengok tu memula berdua sekali dah tengah² citer tinggal aku sorang yang tengok. Sorang lagi sudah zzzZZzzzz.. Jalan citer agak slow tapi menarik pada aku. Tak sangka sungguh James Franco akan lakonkan watak yang cam gini. Stone semedang. Walaupun nampak busuk tapi still cute! Heheheh.. Citer ni memang kelakar la. Bila teringat muvi ni memang rasa nak gelak sorang². Hahaha. Aku recommend gak la kalau orang nak tengok tapi mungkin tak semua orang akan suka.

Malam kang nak layan Ironman plak. Semalam dah layan Reservation Road kat HBO.

Sunday, January 4, 2009

Nokia E71.


Aku dah berkenan bebeno ngan tepon ni. Ishk.. Mana nak cekau duit dalam RM1200 ni?? Adusss...

Congratulation!!!


Just found out that my used to be special someone will get engage this month and the wedding will be on May.

I am so glad that he finally has found someone special to be his wife. Oh I am so so glad and happy for him too.

(^^)

Friday, January 2, 2009

Kemuncak Malam Sehati Berdansa 2.



Saingan sengit dow!!

Last sabtu aku kena keje. Kejenyer merekod behind the scene kemuncak malam sehati berdansa 2. 2 kali aku gi PICC. Kali ke 3 ni leh plak aku sesat. Ampeh btol. Sib baik tak panik kot tak memang aku terus balik je. Huhuhuhu..

Show start pukul 9 malam tapi pukul 6 ptg aku dah kena ada kat PICC tu. Disebabkan sesat aku sampai kat situ 6.45 ptg. Mencik btol tersalah pandang signboard + tersalah masuk exit. Ishk!!
Memang ramai btol orang yang datang. Sesak!!

Cam biasa memang huru hara la kat changing room tu. Aku yang betul2 amatur dalam bab merekod video ni memang rasa cam nak pingsan gak le. Hohoho.. Ruang changing tu kecik sebab guna kat ruang jalan kat bahagian tepi stage tu. Situ jalan dalam melalui seluruh PICC tu kot. Jauh gak nak berjalannyer.

Walaupun huru hara tapi besh gak sebab semua ada. Riuh tak hengat. Disebabkan aku kat back stage aku memang tatau ler camner rupa derang perform + sapa yang tengah leading bagai.

Dipertengahan show aku dapat tau yang Lisda+Poji tengah leading. Wahhh!! Tak sangkanyer. Bior beno tapi aku tak kisah sebab derang menari memang besh pun tiap minggu.

Last² memang Lisda+Poji yang menang dan keje aku dah nak habis dah bila show dabes. Kena tunggu Press Conference plak. Tinggi nun di atas PCnyer. Ada jamuan makan² lagi. Merasa la aku naik kat situ kot tak jangan harap le. Sayang btol makanan kureng.

Lepas settle semua dalam pukul 11.30 malam aku pun gerak la balik. Lagi sekali aku sesat. Argghhhh!!! Dekat 12.30 pagi baru aku sampai umah. Penat².

Juara yang HEBAT!!

Oh! Jangan lupa gi http://video.astro.com.my/ untuk tengok apa yang aku record ye.

Adios!!

Thursday, January 1, 2009

Azam.

Asal muncul tahun baru orang pun sibuk la nak buat azam baru walaupun azam yang lama banyak yang terlaksana. Aku tak terkecualilah. Aku pun sama jugak cam orang lain cuma mungkin cumil lebih sket dari orang lain tu. Miahahahah..

Aku pun dah lupa apa azam aku untuk tahun 2008. Aku tak buat entry pun pasal azam aku tahun lepas tapi aku ada tulis dalam buku nota keje. Panjang gak listnyer so esok aku nak check balik azam2 aku tu. Ada tak yang terlaksana. Nyeh nyeh.

So apa azam aku untuk tahun ni? Dalam entry Maal Hijrah aku ada nyatakan yang aku nak hidup aku lebih sistematik + teratur. Ini bukan bermaksud yang hidup aku selama ni huru hara tapi aku perlu buat perancangan dalam setiap perkara yang aku buat. Tak kisah la rancangan tu berjalan lancar @ tak tapi yang penting ada perancangan. Susah btol kalau hidup tak perancangan ni.

Kalau bab merancang ni memang aku salute habis kat kekasih hati aku. Dalam hal rancang merancang dia memang number 1! Tip top! Aku kena belajar lebih lagi dengan dia. Memang selama ni pun dia selalu ajar aku untuk rancang segalanya dengan teratur tapi aku yang degil nak ikut kepala sendiri. Heheheh. Sowi cayang. Mulai hari ni aku akan ikut cakap dia. Segalanya perlu dirancang dengan lebih awal + lebih terperinci. Ini boleh jadikan kita kurang bertengkar lagik. InsyaAllah.

Tak tau kenapa tapi aku dapat rasakan yang tahun 2009 ni akan menjadi tahun yang baik untuk aku. Untuk hidup aku. Sesiapa pun memang sentiasa harapkan yang terbaik untuk hidup masing2kan?

Jadiknya key word azam aku untuk tahun ni ialah RANCANG SEGALA2NYA DENGAN LEBIH AWAL. Tak perlu nak detailskan lagi sebab yang satu ni pun memang perlukan determination untuk dilaksanakan + pasti aku akan cuba 101% untuk laksanakannya. InsyaAllah.

2009 telah tiba.



Apa azam aku tahun ni? Esok2 aku buat entrynya. (^^)

Semoga kita semua dirahmati Allah.

InsyaAllah.

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430.

Syukur alhamdulillah aku masih bernyawa ketika menyambut kedatangan Ma'al Hijrah 1430 hari ni. Banyak perkara yang perlu aku capai untuk tahun baru ni. Aku perlu buat perancangan yang lebih terperinci dalam setiap perkara yang akan aku lakukan. Hidup aku perlu lebih sistematik + teratur.

InsyaAllah aku akan laksanakannya tahun ini.

Tokoh Ma'al Hijrah 1430 jatuh kepada mufti kesayangan ramai (perhaps), Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah AlZuhaili.

Wahbah, 79, yang juga tenaga pakar di Akademi Antarabangsa Fiqh AlIslami di Syria, dipilih berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia Islam menerusi karya-karya tulisannya yang banyak digunakan sebagai rujukan oleh universiti-universiti di negara ini selain dijadikan sumber rujukan ahli ekonomi di bidang perbankan.

Harussani,69, pula dipilih bukan sahaja berdasarkan sumbangan beliau sebagai mufti Perak tetapi juga dalam badan-badan Islam termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran.

Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk wang tunai RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, pingat dan plak yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Datuk Seri Harussani berkata "Terima kasih atas pengurniaan yang diberikan...ternyata pendapat dan pandangan yang disuarakan selama ini dihargai dan sudah tentu anugerah itu akan dijadikan penguat semangat untuknya meneruskan perjuangan yang masih jauh dan belum selesai," katanya. Ditanya apakah yang akan dilakukan selepas ini, beliau yang sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang tegas berkata, tegas atau tidak bukan persoalan.

"Saya hanya menyatakan yang benar kerana saya takut sekali kalau menyatakan perkara yang tidak benar dan jika sesuatu perkara itu salah, saya akan kata ia salah tak kira dengan siapa saya berdepan walaupun terpaksa menerima kecaman kerana itu adalah tugas dan tangunggjawab saya," tegas beliau.

Thursday, December 25, 2008

Akhirnya rumahku sudah bersofa.

Setelah 2 hari masuk kuar kedai perabot di sana sini. Akhirnya aku jumpa dah sofa yang berkenan di hati + berbaloi ngan harganyer. Sebenarnya over bajet sket tapi memang susah nak cari sofa cam gini ngan harganya gitu so aku beli gak. Kira ini barang yang aku beli untuk 1st bonus yang aku dapat. Alhamdulillah.

Hari ni sofa ni sampai ke rumah setelah delay satu hari. Katanyer sofa aku pecah so derang ganti ngan yang baru. Tu yang delay sehari. Patut ada dapat 2 bantal yang dijanjikan tapi tak dapat la plak so kena la aku gi kedai tu balik untuk tukarkan bantal.

Amacam? OK tak?

Dalam gambar ni aku tengok cam mainan jek.. Hahahha..

Penuh ruang tamu aku. Uhuk...

Abaikan kaki tak berapa nak cantik itew. Ihik..


Yeahooo... Tak yah dok atas lantai lagi bila nak tengok tb. Yeahooo...

Wednesday, December 17, 2008

Obi + Uju dineuterkan.

Hari ni aku amik cuti extra yang aku ada untuk bawak cicits gi neuter@kasi. Aku tak de banyak sangat duit so aku bawak derang gi tempat gomen jer untuk dineuterkan. Uju RM60 + Obi RM40.

Sedih aku tengok gegambar kat bawah ni. Mesti sakitkan sayang mama ni. Mama buat camni untuk kebaikan Obi + Uju jugak.

uju pingsan mata terbuka.. alahai.. sayu tengok muka dia..

Obi nangis. Tengok ada air mata tu.

Ni kat dalam kete.. aku tak beli carrier lagik so bawak cage je..


uju nak lari tapi tak berdaya... menangis tengok uju sbb bila nak amik dia melompat terkejut..


siannyer... aduhhh.. fenin kepala masa tu...


obi cuba melangkah.. slow jer.


nasib baik mama pegang obi dia tak melompat...


pewut uju...


close up..

bengkak lagik masa ni..
seksa jer rupa dia..

obi relax jer.. tapi sibuk cuci badan..


kejap jer operate obi.. 15 minit jer kata dokter.. testikel sudah tadak..


terpaksa tido asing².. atas nasihat doktor..