Sunday, July 13, 2008

Masa dah time.

Lagi 4 minit tinggal sebelum tamatnya masa aku selama 3 jam kat cc ni. 3 jam rasa sekejap sesangat. Pasni tros balik umah. Mandi + tido.

Esok nak tengok wayang buat pertama kalinya kat Alamanda Putrajaya.

Rasanya esok mau gado ngan buah hati samada nak tengok Wanted @ Hancock.

Aku nak tengok WANTED!!!!

Saturday, July 12, 2008

Hot gossip??



By now aku rasa memang 1 Malaysia dah tau pasal kes derang berdua ni tapi ntah la siapa yang salah. Kita tunggu jer la keputusan mahkamah nanti.

Well sebenarnya aku tak amik pot sangat hal artis cerai berai ni. Banyak bebeno + aku tak kuasa nak layan. Kahwin tu cam benda memain jer derang buat. Apa la nak jadikan??

Aku terpanggil nak buat entry pasal derang ni bukan apa. Petang tadi as usual bila weekend aku akan gi Ikea kat Damansara tu (kat mana lagikan?). Kira cam itu tempat aku hang out every weekend la. Damai jer tempat tu. Tu yang aku suka sangat pegi. Lagipun aku memang nak cari barang untuk penuhkan dapur aku yang kosong tu. Perkakas dapur yang ada jual kat Ikea tu memang aku berkenan sangat. Simple jer designnyer.

Aku sampai situ dalam area pukul 5 lebih. Gi makan kat Ichiban Ramen dulu kendian baru gi Ikea. Biasanya aku terus jer gi kat market hall tu tapi ari ni aku jejalan dulu kat showroom. Nak cari idea gak untuk hias dapur sekali. Nyeh nyeh. Cam la dapur besar nak hias bagaikan?

Dah habis pusing kat showroom turun la ke market hall. Turun jer dari lift lepas amik trolley, aku nampak ada sorang awek cun. Aku terus cuit buah hati pengarang jantung sambil muncung tunjuk awek cun tu. Itu dah memang jadi habit sebab kitaorang memang suka tengok awek cun. Heheheh.

Buah hati pengarang jantung aku pandang la awek tu dengan sepenuh perasaan. Eceh!! Itu dah adat dia bila tengok awek cun. Aku tak jeles pun sebab takkan dia tetiba nak gi ngorat awek tu depan aku. Nak jadi perang besar?? Hahahha..

Tetiba buah hati pengarang jantung aku buat muka terkejut. Apsal la plak?? Dia terus bisik kat aku. "Eh.. Itu bini beego la." Aku pandang awek tu sekali lagi. Ishk! Ye ke? Apsal lain plak rupa dia. Buah hati pengarang jantung aku terus follow awek tu ke bahagian sudu nak confirmkan tapi dia tak de la sergah ke apa. Dia gi dekat2 + buat konon2 nak tengok barang. Aku tak ikut dia. Kang nampak obvious sangat la plak. Aku terus gi kat bahagian cawan.

5 minit pastu buah hati pengarang jantung datang kat aku + kata memang sah awek tu intan, bini beego. Rambut dah pendek. Setau aku rambut intan ni panjang. Ala biasa lakan orang shopping kat Ikea tu. Bukan la apa sangat tapi yang jadi gossip hotnyer intan tu shopping berdua2an. Kot ngan mak dia ker.. Abah dia ker.. Mungkin tak jadi hal tapi dia shopping ngan pengkid!! Adakah ini puncanya dia nak bercerai tu. Sebenarnya dia dah tak de hati ngan jantan?? Wah gitu..

Sepanjang masa aku ngan buah hati pengarang jantung aku kat Ikea tu memang asyik la berselisih ngan derang berdua ni. Nampak derang mesra sangat + intan bermanja2 ngan pengkid tu. Kata buah hati pengarang jantung aku la yang dok pandang derang jer. Aku segan nak pandang. Kang intan tu kata aku usha pengkid dia plakkan?? Tak pasal jer nanti. Kot hensem tak per la gak tapi veteran. Tak taste la aku. Hik hik.

Masa kitaorang nak gi bayar sekali lagi berselisih. Derang bayar kat kaunter sebelah. Masa ni memang ingat dah tak jumpa dah. Buah hati pengarang jantung aku kata memang sah sangat la si intan tu sebab lubang hidungnya sama. Boleh gitu? LOL.

Kalau betul la intan tu ada affair ngan pengkid tu. Takkan la tetiba jer nak berkawan ngan pengkid. Aku agak mesti dah dari dulu lagi + memang dia sebenarnya tak de hati ngan beego tu. Derang bercinta tu untuk kaburkan mata family agaknya. Beego mungkin jadi mangsa je. Hohohoho..

Ntah la aku pun tak pasti. Memang kita tunggu jer la apa akan jadi next.

Errr... Hot ker gossip ni? Miahahahhaha..

Friday, July 11, 2008

HAPPY BIRTHDAY KAK DANIE!!


It's great blessing knowing someone so special like you. I hope you'll have a great one.

J card members day at JJ Equinne Park.

Cam yang aku bagitau kelmarin, semalam aku amik cuti sebab nak g shopping kat JJ Equinne Park. Ingat nak jadi orang 1st la sekali tersalah masa plak. Ingat start pukul 10 pagi. Rerupanyer pukul 9 daaaa. Akhirnya pukul 12 baru sampai sana.

Wahhh!! Memang ramai la orang time tu sebab dah lunch hour tapi alhamdulillah dapat parking. Dekat ngan lift plak tu. Apa lagi. Kitaorang pun serang la. Memula sekali gi serang bahagian cadar. Mesti harga murah giler. Ingat nak borong banyak la tengok tak banyak yang 300+ thread yang harga murah. Aku amik satu jer. Itu pun yang 280 thread. RM33.90 queen size.

Itu jer yang aku dapat citer sebab kalau sambung lagi memang tak cukup satu page blog ni. Miahaha.. Yang pasti semalam memang kitaorang buat rawatan terapi habis²an. Tak sampai RM1000 pun spend semalam tapi puas hati.


ni entrance kat atas. aku tegah rehat kat kusi.


hehehe.. ni je barang² yang aku beli.

payung tu dapat pree..

ada orang nyuruk belakang trolley..

sajer mengada la tu.. hik hik



ps: trolley tu membe aku curi dari tesco Damansara. Aku plak curik dari dia. Heheheheh

kesihatan aku.


Dalam entry sebelum ni aku ada bagitau yang aku sakit. Aku start sakit masa sehari selepas konsert AF6 yang 1st tu. Maknanya dah 15 minggu aku sakit. Lama dahkan? Sekarang aku masih lagi sakit + alhamdulillah memang dah semakin baik. Aku dah boleh gerakkan bibir belah kanan walaupun tak 100%. Muka aku dah tak nampak senget sangat. Hidung belah kanan masih tak boleh dikembangkan. Sama gak ngan dahi belah kanan. Masih tak boleh kerut. Apa pun aku bersyukur sebab sakit aku ni makin pulih. Ini semua atas pertolongan seorang weather consultan aka tukang urut yang tolong urutkan muka aku. Dah 12 kali aku urut ngan pak cik tu. Hasilnya memang nampak jelas + aku sangat² berterima kasih pada dia.

Doakan aku sembuh 100% dengan segera ya. Aku dah rindu sangat nak senyum lebar.

Wednesday, July 9, 2008

sticker at FB.


It's SO true!

LOL!!





Tingat kat Ulu masa kecik. Camni la rupa dia.

Esok aku cuti

sebab aku nak gi shopping kat Jusco Equinne. Boleh? Hehhehe.. Esok J Card members day kat situ. Yeahooooo!!!

bila kekasih merajuk.

kot boleh pujuk camnikan besh..

Aku ni bukannya reti nak pujuk orang merajuk. Padahal berkali² dah diberitahu camner nak pujuk hati dia tapi masih gagal nak pujuk setiap kali dia merajuk. Aduyai... Adakah ini kerana ego aku yang tinggi tak tentu pasal? Ego sebab aku rasa aku tak salah apa² yang boleh menyebabkan dia jadi merajuk tu. Padahal memang salah aku pun. Letih la jadi diri sendiri camni. Tolonglah terima yang diri tu dah buat salah so dah tentu la kena minta maaf + jangan nak bagi alasan lagi. Tolonglah!!! Kenapa la aku jadi macam ni ye? Kesian buah hati aku kena sabar ngan kerenah tak reti nak ngaku salah ni. Ishk!! Camner aku nak buat ni. Dah berkali² aku cakap dengan diri sendiri yang aku kena berubah. BERUBAH!!

Runsing la jadi diri sendiri. ('_')

Monday, July 7, 2008

home sweet home.

Aku dah pindah rumah. Yeay!! Dok apartment 3 bilik 2 bilik air kat tingkat 8. Rumah aku tak jauh sangat dari tempat keje. Alhamdulillah aku memang bersyukur sangat dapat rumah ni. Sewanyer RM450 sebulan. Aku dok berdua jer.

Dah sebulan lebih aku pindah sebenarnya tapi sebab aku tak update blog citernya jadi terdelylah. Masa memula masuk memang kosonglah sebab aku tak de beli barang² keperluan sebelum ni sebab housemate dulu (dak biol tu) dah ada lengkap segala.

Jadinyer masuk umah korang jer. Ada la kotak². Almari pun almari plastik jer. Hehehe..

2nd week aku dok situ kitaorang tros beli fridge + washing machine. RM2000 habis kat Harvey Norman untuk dapat 2 benda penting dalam hidup tu. Kira murah tau sebab fridge + washing machine tu kitaorang beli yang latest technology. Penghantaran free plak tu. Alhamdulillah. Seminggu pertama aku anggap 2 benda alah tu cam anak sebab balik jer tros cakap "hye sayang²ku mama dah balik." Gilerkan? Hahahah..

Tapi aku tak pulak snap gambar fridge + washing machine tu. Gambar dari official websitenyer adalah. Tengok bawah ni ha...


Kira boleh la kan?? 2 benda ni kitaorang beli guna duit tabungan selama setahun. Cam tak caya jer..

Dapur nak masak masih dalam perancangan sebab kitaorang tak de masa nak masak. Takat ada periuk masak nasi pun dah cukup la tu. Lauk tapau. Pelan² kayuh la kan? ihik..


Last week kitaorang gi survey nak beli meja makan la plak disebabkan tak larat nak makan bersila. Uhuk.. Uhuk.. Survey la kat merata kedai perabot. Sebenarnya memang dah aim satu meja makan yang affordable tapi cam kecik plak. Lagipun dengan harapan dapat la cari meja makan yang lagi murah. Meja makan yang kitaorang berkenan tu kat Cavenzi.

Survey punya survey memang tak jumpa meja makan yang boleh beat price kat Cavenzi tu. Bila sebut Cavenzi mesti orang kata wahhh tempat perabot mahal tu. Haa.. Korang jangan tak tau yang Cavenzi skang selalu buat sale. Meja makan yang kitaorang berkenan tu harga RM99. Last² kitaorang pegi la Cavenzi yang dekat area rumah kitaorang. Naik la plak harganya tapi abang kat kedai tu kata hujung minggu tu ada sale kat Cavenzi kat Jalan Klang Lama. Katil harga RM99 pun ada kat situ.

Kitaorang pun apa lagi. Sebelum buka Cavenzi tu kitaorang dah terpacak. Yess!! Dapat 2 benda lagi berharga RM228 sebab ada upah penghantaran RM30. Tengok kat bawah ni aku snap meja makan + katil yang masing² berharga RM99 tu. Cam tak cayakan??





Skang tinggal nak beli sofa + dapur jer untuk lengkapkan rumah kitaorang. Itu kena tunggu next month punya gaji. InsyaAllah sebelum puasa mesti beli dapur tu. Sofa tu tak tau ler akan dapat dalam jangka masa terdekat sebab bajet cam tak cukup jer. Tengok la ruang tamu kitaorang camner. Boleh la tu kot. hehehe..



ps: sekarang ni memang tak sabar² nak balik rumah dari tempat keje sebab umah dah besh. Alhamdulillah.