Sunday, April 18, 2010

Kemalangan Achik Spin...

HARAP MAKLUM - GAMBAR INI MERUPAKAN GAMBAR ARWAH ANAK ACHIK SEMINGGU SEBELUM BABY ARWAH. BUKAN GAMBAR ACHIK SEMINGGU SEBELUM ACHIK ARWAH.


Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002. Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

by Jurugambar Dan Servis Perkahwinan

Al-fatehah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

------------------------------------------------------------------------------

Gambar² kereta yang hangus terbakar.


mungkin ini rupa kereta Estima tu sebelum eksiden + hangus.. tapi kaler silver..

Kat bawah ni link video dari FB orang yang berada di tempat kejadian.

Thursday, April 8, 2010

Exam perkhidmatan awam Sabtu neh!!


Minggu lepas aku dapat 2 surat dipanggil untuk amik peperiksaan perkhidmatan awam gred 41 untuk jawatan Pegawai Penerangan. Weekend aritu aku dah usha dah kat mana aku nak amik exam tu. Dekat jer ngan rumah. Kat MARDI. So minggu ni cam nak giler la aku study. Hohohoho. Pitam gak rasanyer nak study balik setelah sekian lama meninggalkan bidang mentelaah neh. Cuba jugak cari soalan contoh online tapi kebanyakannya soalan untuk cikgu-cikgi tapi sib baik SPA dah bagi guideline. Kot tak mau arwah baca segala mak nenek yang patut dibaca.

Sebenarnya aku ada perasaan yang bercampur tentang exam ni yang aku tak tau nak explainkan camner.

Oh well.. Harap aku dapat jawab semua soklan dengan tepat nanti. InsyaAllah.

Tiada lagi pagi yang menggelikan hati...

Mior Ahmad Fuad Mior Badri

2 April 2010 merupakan hari yang sedih untuk peminat² Din Beramboi kerana di telah kembali kepada penciptanya kerana menghidapi 'Dengue Shock Syndrome'. Aku juga merupakan salah sorang peminat allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat + bersama dengan orang² yang beriman.

Al-Fatehah.

Saturday, March 13, 2010

Full profile..













Boleh gi ke link ---> BESH untuk usha lebey..

Wednesday, March 10, 2010

Pelajar AF8..

Senin lepas aku g PC memperkenalkan pelajar² Akademi Fantasia 8 kat Euphoria Sunway. Sampai jugak aku kat situ. Ramai yang cakap tempat ni besh tapi belah malam la. PC tu siang. Kira ok la. Dalam tu bukan tau malam ke siang. Hihihi...

Gegambar kat bawah ni jer yang sempat aku snap. Aku dah ada favourite!! Dari masa audition dah minat kat mamat gambar 2 last sekali tu. Orang Perak plak tu lagi la aku ske!!




Wednesday, February 17, 2010

Travel balik kampung time cuti perayaan..

Sangat la menyiksakan!! Masa nak balik Perak sabtu lepas punya la awal aku gerak tapi tetap ngadap jem. Pukul 5.30 pagi dari rumah taw!! Aduyai.. Aku agak tak de la jem sangat sebab jumaat malam tu dah jem tak hengat. Sekali jem jugak. Jem kat mana? Jem kat highway... Sesia jer bayo mahal. Sudahnyer sampai Tanjung Malim aku kuar amik jalan lama. Lapang sket dada sebab kete memang tak banyak. Ada la 2,3 bijik jer atas jalan tu tapi bila jumpa traffic light banyak la pulak ketenyer.. Tak kisah la tu janji bila bergerak tak tersangkut2. Memang stress dibuatnyer wehh!!

Kalau cerita panjang lagi pasal jem ni kang terselit pasal politik plak. Koserlah nak citer pasal politik.. Kang kalau kutuk lebey2 kang tak pasal polis sampai plak kat umah. Maklumlah derang dah ada team yang memantau di alam siber neh.. Bahye2..

Oleh kerana dah rasa nak pitam dekat 6 jam dari Seri Kembangan ke Batu Gajah hari sabtu lepas. Untuk balik KL aku plan gerak lagi lewat.. Lagi lewat ke lagi awal ek? Sebab aku gerak pukul 5.00 pagi tadi.. Kira awal tapi lewat la tu.. Alhamdulillah highway tak jem. Leh maintain bawak 110kmj all the way to KL. Makanyer sampai la kat Seri Kembangan pukul 8.00 pagi. Badan pun tak rasa letih langsung walaupun tido 4 jam malam tadi.

Pukul 9.30 pagi sampai opis. Ni gegara tertinggal barang kena patah balik tu yang lambat tu. Bajet mesti banyak parking kosong sebab sah2 ramai orang cuti lagi. Sekali hambik kau!! Semua parking dah tutup kecuali no mans land sebab sabtu ni ada Astro Fiesta.. Aduyai.. Ada ke lagi parking ni? Jauh nun kat court volleyball aku parking. Sib baik ada jugak kot tak kena parking kat luar RM2 terbang.

Harap2 ramai yang cuti sampai hujung minggu ni.. Tak de la nak berabut parking sangat.. Amin...

Saturday, February 13, 2010

Kepanasan tahap cipan beranak kembar lapan!!


kalau berpeluh badan hot cam gini tak per la jugakkan?? LOL

Ya ampun!! Dah seminggu Malaysia mengalami suhu yang sangat panas... Hari ni paling terasa.. Sib baik bertolak sebelum subuh dari kl balik perak.. Tu pun sampai dalam pukul 11 lebih sebab highway jem... Kalau tolak lambat sket memang pitam la kepanasan dalam kete...

Sampai jer umah kat BG tros terbongkang atas katil.. Sejam tertido.. Bangun jer rasa badan giler melekit... Rupanyer ku tidur dalam kolam peluh gitu.. Camner aku leh tido panas2 tuh ntah ler.. Siap mimpi kena kejo singa lagik... Motif??

Lepas lunch (giler sedap mak angkat aku masak!!) orang dalam rumah semua membongkang.. Aku sengsorang layan tv sebab tak leh nak tido sebab panas sangat.. Jadiknyer aku layan la drama Angpow Untuk Mama kat TV1... Kelakar citernyer.. Fizz Fairuz belakon jadik bendul.. Menjadik!! Yang buat aku layan drama tu pelakon cina watak Alvin tu..Cute plak tuh.. Heheheh...

Esok aku balik tepen untuk mengadap mak + abah yang dah berbulan aku tak jumpa.. Anak derhakakah aku?? Dah berbulan tak balik kg kekdahnyer... Hohohoho... Hopefully everything will great in tepen esok... Walaupun aku pasti yang aku memang akan mengadap panas kat sana esok... Tepen giler panas wehh!! Walaupun belakang umah aku ada anak sungai.. Sikit pun tak membantu hilangkan panas... Walaupun semua orang sedia maklum yang tepen kawasan paling lembap kat Malaysia... Aduyai.. Cobaan...


Ingat sebelum sampai umah esok nak terjun Burmese Pool dulu lah... :))

Friday, February 12, 2010

Tepen dari kanta camera ku...

Gegambar ni aku snap masa balik raya tahun lepas.. Dah lama nak up kat fb tak asik tertangguh jer.. So hari ni since tak de keje nak buat kat opis (uhuk!uhuk!) aku pun dengan rajinnyer edit kasik tecit + compilekan 4 gambar dalam 1...

Gambar ni aku snap sambil drive (giler profesional tuh!! wakaka) dari Changkat Jering masuk ke pekan Tepen sampai la ke rumah mak aku kat Bukit Jana pastu dari Bukit Jana dan ke Changkat Jering.. Lebih kurang gitu la.. Sayangnyer aku tak sempat nak snap gambar kat Lake Garden yang sangat besh iteww...

So pada yang berminats nak ke Tepen.. Leh la refer kat gegambar aku ni.. Eceh!! Melambak kat net orang snap gambar Tepen... Google jah!! Tapi ini dari mata aku..

Menarikskah???


















ps: kalau tak cakap menariks tanak kawan. :P

uWaaaAaaaAAaaaAAaa!!!


Semalam patut aku g tengok full rehearsal konsert aizat+faizal tahir feat dct tapi phone aku rosakkkkkkkkkk!!! So aku tak dapat kol dari orang yg nak bawak aku g full rehearsal yang berlayer² nak kena lepas baru dapat masuk tu... uUUuuWwwWWaaAAaaaa!!!!!!

Thursday, February 11, 2010

Astro Feast datang lagi....


Nampak cam bakal meriah jer tawun ni sebab buat petang sampai ke malam.. Last year pagi sampai ke petang.. Tawun ni ada 2 stage (last year pun dua tapi dekat²) satu kat parking depan.. satu lagi kat parking belakang... Last year ada FT ( yang buat performance last.. bersemangat aku tunggu tapi nyanyi 2 lagu jer) this year nama besar yang buat show tak de plak dalam list.. Cuma ada dak² AF, VSS + ASQ punya peserta yang buat persembahan. MUH pun ada sama cam last year tapi Lan tak de so tak besh la gitu.. Estrange, Fab Cats, Noryn Aziz + Kristal tu mungkin aku akan tengok gitu² jer kot.. Tengok la dulu camner... Kot happening.. Leh la layan...

For sure aku akan datang awal untuk register segala benda free such as manicure, reflexology, hand wax ( 2 tahun dah terlepas), palm reading (saje suka²) , hair beading + nak main Wii, guitar heroes + F1 simulator... Bila lagi weii!! Bersyukur giler company buat function camni utk staff. Giler besh!! Sapa tak ske mende pree... Hehehe

Permanent staff akan dapat back pack as goodie bag.. Bag pack custom made katanyer.. Camner la rupanyer... Tak sabar aku...

Ermm... Ada sesapa nak pegi??