Friday, February 20, 2009

Innalillah wa inna lillahi rojiun..

Satu Malaysia dah tau yang abah Dato Siti Nurhaliza dah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad lepas. Katanyer beliau ada penyakit 3 sekawan tu, jantung, darah tinggi + kencing manis tapi masih terkawal. Dah nak sampai ajal. Tak cepat tak lambat. Itu dah janji kita dengan tuhan.

Bulan lepas aku berpeluang pegi ke majlis pelancaran album terbaru Dato Siti (dapat CD free tapi tak dengo² sampai skang.. huhuhu) Lantera Timur. Masa tu 1st time aku bertentang mata dengan arwah. Memang dah arwah la pun pada jasadnyer sebab masa dia pergi tu blom lepas 44 hari pun majlis tu. Memang aku bertentang mata sebab arwah pandang aku tepat sebab aku dok melepak ngan nyah² wartawan yang vogue kat luar tu sambil menghembus. Aku sorang jer perempuan. Ehek!! Tu yang dia pandang tu.

Tak sangka pulak itu kali pertama + terakhir aku jumpa arwah. Sedih betul Dato Siti dengan pemergian abah tersayang. Masa majlis tu dia sempat suapkan pulut kuning kat abah dia + aku dapat saksikan saat tu. Mungkin itu kali terakhir Dato Siti suap abah dia makan.

Dato Siti memang sayangkan parents dia. Memang dari awal lagi kita dah tau yang to her family is everything. Aku harap dia tabah. Tak per la. Hasben dia pun dah cam abah dia gak. Tua... Hohohoh..

Dato Siti ngan abah, mak + hasben.

Cun btol la minah ni!!!!

Jumaat ke 3 februari 2009.

Lama siot aku tak hapdet. Ikutkan memang aku ada banyak content untuk dimuatkan dalam blog yang tak berapa ramai pengunjung ni tapi tak tau naper cam agak kurang rajin nak hapdet. Uhuk!! Tapi hari ni terbuka juga hati aku nak hapdet. Eheheh..

Masa aku hapdet blog ni aku masih kat opis. Kebiasaan selang Jumaat aku akan recod BTS Raja Lawak 3. Patut minggu ni bukan giliran aku tapi since cinta hati aku balik kampung so aku pun jadik cam tak berapa syiok nak balik rumah awal. Memang la ada anak² cicits kat rumah tu tapi tak per la. Biar la derang berdikari sendirian dalam 12 jam mama tak de kat umah. Aku balik kang tak tau ler camner tongganglanggang cage tu dibuatnyer. Dah le wet food dabes lupa nak beli. Adussss...

Anyway biasanyer aku rekod video jer BTS Raja Lawak 3 tu tapi hari ni cam terajin plak snap gambo derang. So tengok la wajah² mungkin kelakar derang ni...

Jihan yang jadik hujan...

Epul (Chot) yang jadik ayam.. obviously..

Ameer (Chot) yang jadi itik.. itik pengkid?? cisss!!

Am yang jadi tangga?

Jadik suara tangga.. Sebab tu pakai baju itam.. huhuhu..

Jun (LNJ) yang jadik nyamuk Cingukuya (err.. tak reti eja)

Jun buat muka comey... Uhuk!!

Lan (LNJ) jadi nyamuk aedes.. Lan tengah cakap ngan adik dia Dekna...

Jep (Sepah) jadi kapur sekolah.. Cam mayat muka... AyokkKKk!! Masa ni dia tengah nyanyi..

Sepah + akak² make up artis yang vogue the vass..

Mamat (Sepah) yang jadik kapur sireh.. Syuib muka separuh jadik kapur barus..

Reza yang meletops!!!

Ni Jun yang snap.. Waktu senja cantik katanyer.. Dia selalu jadi assistant cameraman kepada aku.. Hohoho..

Ni pun Jun gak snap.. Bunga yang banyak kat sekitar opis aku...

Skang budak² tu semua tengah perform.. Tatau la sapa yang akan terkeluar minggu ni. 2 orang @ 3 orang. 3 orang sebab kalau ada group yang terkeluar dah tentu la jadi 3.. Kalau solo 2 jer la.. Aku agak mungkin Am + Amir yang terkeluar.. Tak pun Am + Chot sebab Chot perform memula.. Takut orang lupa vote.. @ Am + LNJ.. Ntah ler.. Sapa² pun yang keluar aku akan kena gak rekod BTS masa final nanti. Next week bukan aku. Yeahoooo...


Thursday, February 12, 2009

Selamat Bertunang Sidot!!


Ahad lepas kat KK dah selamat berlansung kenduri bertunangnyer so Sidot + Ija dah pun jadi pasangan bertunang. Kalau tak de aral melintang 30&31 Mei nanti nikah plak. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan smooth.


ps: gambo curik dari blog sinun.. hihihi...

Wednesday, February 11, 2009

Happy 56th Birthday Mak.


I love you + tahniah sebab dah jadi YB. Yang Bersara. Hihihih

Monday, February 9, 2009

Uju berendam dalam besen.

Biasanye memang hari ahad me cayang akan mandikan cicits. Aku memang tak reti nak mandikan cicits tu. Huhuhu. Takat lapkan bulus dia sampai kering jer lepas mandi. Tu pun kengkadang calar balar tangan.

Lepas tengok clip kat bawah ni me cayang pun try le rendamkan cicits dalam besen. Kot ada bath tub kat umah sah2 memang dah kena campak dalam tu.


Jadinyer tengok la gegambar kat bawah ni untuk result Uju direndam dalam besen. Seem like she like it. (^^)

Uju diletakkan pelan2 dalam besen.. Besen pun dah cam bath tub jer pada dia..

Tengok muka pun cam tak ngeri sangat pun bila kena rendam tu. Good girl..

Cam selesa jer dia berpaut kat tepi besen iteww..

Alamak.. banyaknyer bulu Uju gugur.. nak kena mandi selalu ni..

Giselle vs kitten. Which is the cutest?


The kitten of course!!!

Sunday, February 8, 2009

februari datang lagi..

Kejap jer dah masuk bulan 2.. Rasa cam baru je lagi bulan 12 tahun lepas.. kang tetiba dah bulan 12 balik.. Huhuhuhu..

Anyway dah dekat 2 minggu aku tak update. Sedia maklum le cuti panjang ari tu. Banyak la keje tertangguh. Jadinyer idak le sempat nak update blog.. Cuba gak curi2 masa nak update sekali tak tercuri daaa..

Apa ye yang jadi hari2 sebelum ni... Hmmmm... Lupa plak dah. Yang aku ingat keje, keje, keje. Keje yang tak habis2. Keje yang memenatkan. Keje yang boleh buat aku jadi sakit jiwa. Oh tidak!! Sabar jer la.. Buat keje kena ikhlas.. Tak leh banyak hal.. Ko ingat senang nak dapat keje skang??

Skang kat tempat keje aku tengok sibuk pasal KRA. Aku pun dah ketaq kenangkan KRA tu. Ingatkan minggu lepas. Beria la aku pakai cantik2. Maklum la nak ngadap bos + presentkan diri sendiri untuk dapat bonus banyak + increment. Sekali kensel plak. Adussss!!!

I will do my best during discussion on my KRA. Amin.

Doakan cita2 aku tercapai ye. Thanks.

Wednesday, January 28, 2009

Solar Eclipse.

Semalam aku memang beria la tunggu gerhana matahari tu terjadi walaupun tau kat Perak hanya akan nampak 60% jer. Excited aku tunggu siap set alarm lagi. Memang aku tak perkakas yang lengkap @ sesuai untuk tengok gerhana tu tapi i'll manage. (^^)

Ikut time yang aku search kat net 4.30 petang gerhana akan start. Berlari aku keluar masa pukul 4.30 tu. Sekali matahari dilindung dek awan la plak. Tercegat la aku kat depan laman tu tunggu awan melepasi matahari. Lama gak nak tunggu tu. Bila dah lepas awan tu aku tengok tak de apa perubahan pada matahari lagi. Belum lagi la tu. Sekali langit dah mula mendung. Alamak!!

Hujan pun turun tapi langit cerah. Aku masih menaruh harapan untuk menyaksikan kejadian tuhan yang jarang2 berlaku ni. Masa tahun 1995 dulu aku dapat tengok. Masa tu aku kat sekolah. Lower six time tu.

Tunggu punya tunggu hujan berenti kejap + matahari tak dilindungi awan dalam 5 minit. Dapat la aku tengok. Alhamdulillah. Tak de la kempunan. Hehehe.. Ni rupa gerhana yang aku dapat tengok semalam. Tengok gambar kat bawah ni.

Illustrasi aku sendiri ni. Ini yang aku nampak.

Banyak tempat tak dapat nak tengok gerhana ni sebab rata2nya hujan @ berawan tapi ada tempat yang nampak clear. Contohnyer kat Filipina. Gambar kat bawah ni dirakamkan kat sana. Cantiknyer. Dah nak jadi bulan sabit jer rupa matahari tu.


Gambar kat bawah ni lagi la cantik sebab memang dah nampak cam cincin. Ni derang snap kat Indonesia. Tingat citer Heroes.


Ni pun kat Indonesia gak tapi sebab ada kabus tros jadi gini tapi still nampak bentuk cincin tu. Untung derang kat sana dapat tengok. Aku dapat tengok sikit pun jadi ler.


Rugi aku tak dapat solat sunat gerhana matahari sebab aku tengah "on leave". Harapnya next time dapat la aku buat solat sunat tu. InsyaAllah.

Tuesday, January 27, 2009

Pokok kucing galak.


Banyak khasiatnyer akar pokok kucing galak ni. Nak tau lebih lanjut klik gambar tu + google it. (^^)

Monday, January 26, 2009

Aku cuba...

Dari dulu aku memang minat bidang fotografi. Since aku sekolah lagi. Memang pantang aku dapat camera mesti macam2 aku snap sampai habis filem so aku memang selalu kena cubit ngan makcik aku sebab tukang abiskan filem. Hohohoho.. Masa kat ITM dah memang aku wajib amik course fotografi ni + alhamdulillah aku dapat A+. Untuk semester seterusnya aku amik fotografi II. Alhamdulillah dapat A+ jugak. (^^)

Masa belajar tu memang wajib ada camera so aku minta abah aku belikan camera SLR tu. Abah aku pun memang minat fotografi so dia memang tak de hal nak belikan. Masa tu abah aku belikan camera Yashica harganya RM800++ sebab tu pun abah aku beli Yashica sebab murah. Kalau Nikon @ Sony @ Canon mahal sket harganyer. Masa memula belajar memang beratus gambar aku tangkap + beratus jugak yang tak menjadi. Maklum le nak kena set aperture, speed + ecposurenyer secara manual. Payahnyerrr... Skang pun kalau aku nak tangkap gambar + set benda2 alah tu memang la aku tak ingat dah. Ni semua gara2 camera Yashica tu rosak. Bila camera tu rosak jadik cam terkubur la niat aku untuk jadi profesional fotografer. Ewah!!

Skang aku berazam nak aktif balik (poyonyer ayat) dalam bidang fotografi ni. Aku kena la kumpul duit dulu untuk beli camera. Skang dah senang sebab memang banyak pilihan + function. Pilih jer mana yang nak. Janji ada duit. Aku tatau le berapa lama nak kena simpan duit tu tapi aku akan cuba bersungguh2.

Ni gambar kat bawah ni guna camera Canon PowerShot A580 8 megapixel. Leh tahan gak la hasil gambar yang disnap guna camera ni. Gambar ni aku snap petang tadi lepas kecewa tak dapat tengok gerhana matahari. Modelnyer Ulu yang montel tu.

Ok tak gegambar kat bawah ni? Aku ada talent tak??

Ulu majuk.. Manja ya amatz dia ni..

Tiap kali balik aku mesti bagi Ulu makan pokok kucing galak.

Lepak lepas dah puas makan pokok kucing galak tu.

Tros Ulu rasa nak odo dah.