Sunday, November 2, 2008

Aksi lucah!!



Apa kena ntah si Uju ni dok mengangkang cam gini sekalik.. Kurang sopan btol sebagai seekor gadis sunti cam Uju dok camni. Sabar jer la.. Huhuhu

Ngeri siot!!!





Minah ni bila time Halloween memang costume dia dasat giler!!! Sama la gak ngan lakinyer... Kot tak kenal sapa tengok gambar kat bawah ni.. Heidi Klum ngan sebennyer Seal..



Dasat.....

Friday, October 31, 2008

Ku penat.


Rindunyer nak berblog cam biasa tapi cam tak sempat jer. Ditambah plak ngan rasa cam tak berapa nak rajin update blog. Ngape ntah. Minggu ni boleh tahan bizi gak aku. Maklumlah Sehati Berdansa 2 dah start. Kerja editing pun bermulalah.

Minggu lepas bukan turn aku untuk record behind the scene Sehati Berdansa so lega alhamdulillah tapi minggu ni kena la jugak. Ikutkan rasa cam nak claim OT tapi 5 kali jer sepanjang rancangan so aku amik keputusan datang lambat on that day yang aku kena kerja lebih masa tu. Aku bajet la 8 jam aku keje ari tu. Semalam sebenarnya kena buat keje tu. Jadi aku datang pukul 12.30 tengahari + balik pada 11.30 malam. 11 jam tu.. Lebih 3 jam aku keje.. Sedap jugak kalau nak claim OT tapi mengenangkan nak mengelaim tu agak leceh tu yang aku bajet masa keje tu. Janji 8 jam.

Masa memula aku nak record cam tak sedar jer tangan menggeletar.. Apa kes?? Derang ni bukannyer makan orang pun. Setakat selebriti M'sia jer. Huhuhu.. Ye la itu 1st time aku buat keje tu. Bukan dalam job description pun tapi dah tak de orang. Apa nak buat. Boleh la tambah pengalaman.

Minggu ni temanyer Tarian Melayu Kontemporari. Ape kebendenya pun aku tak tau tapi aku tengok costume derang.. Mang aii.. Dasat² + cantik². Koreografer memang all out ala² final week plak dah. Aku tengok derang prektis sikit² sebelum naik stage pun dah kagum. 3 hari prektis leh buat tarian cam gitu. Hebat²!! Tak sabar aku nak tengok TXnyer esok..

Disebabkan semalam aku keje. Tak dapat la aku tengok TARA3. Ingat nak tengok rerun pukul 12. Tak sempat gak sebab lepas balik keje tros gi makan. Lapau tak hengat. Dah la tangan aku lenguh sebab dok angkat videocam tu. Nampak jer kecik + ringan tapi cuba try angkat selama 4 jam. Mau tak sakit lengan aku. Dah la panas kat belakang tu. Ingatkan sejuk. Nyesal pakai baju tangan panjang. Ciss..

Dalam dok sibuk keje tu sempat gak call kekasih tanya pasal TARA 3. Tensennyer aku bila dapat tau team adik-beradik Malaysia sudah kena eliminated!! TIDAK!!! Dah team Pinoy yang cam haram tu dapat no 1 lagik. Ayakkk!!!!! Yang gembiranya Aida + Tania terselamat lagi. Nyaris dapat no 1 lagik.. Salah pilh task jer.. Pastu terpaksa terima ngan tempat ke 3 sebab kena panelty. Cayalah!!!!

Minggu lepas gak cuti Deepavali. Konon nak balik Tepen tapi tak sampai pun. Stuck kat Batu Gajah.

Cuti ke Batu Gajah tu aku bawak la Obi + Uju sekali. Siap kasik makan ubat tido tu sebab tanak bagi derang kacau aku bawak keta. Maklum la Obi tu mulut dia ya ampun bising ya rabbi.. Tak pasal aku eksiden kang. Dek kerana terasa badan tak berapa sihat pagi tu kitaorang bertolak ke Perak tengahari. Keje giler + keje bodoh. Ada ke nak travel tengahari. Ni semua sebab ikut kepala aku la ni. Ishk.. Ishk..

Patut makan ubat tido cicits tu tido la kan? Tapi boleh Obi tu tahan ngantuk. Dilawannya ubat tido tu. Ya Allah dah cam kucing kena sawan sebab mata terangkat ke atas. Sepanjang perjalanan balik tu dia tak tido. Susah hati aku. Sib baik mengiyaunyer tak kuat. Tobat dah tak nak bagi ubat tu lagi. Masa balik ke KL tawakkal jer bawak cicits tak bagi ubat tido. Alhamdulillah Obi tak bising sebab Uju pujuk dia. Sayang Uju.. (^^)

Panjang dah ni. Ala² nak wrap up cite 2 minggu yang ada macam² peristiwa berlaku. Bahu dah lenguh nak menaip ni. Mata pun dah nak kero dek kerana buat editing. Terpaksa la stop kat sini jer..

Aku harap aku dapat la update blog aku hari² walaupun aku tau aku bizi..

Amin..

Tuesday, October 28, 2008

SPCA - KL Tower World Animal Day.




SPCA - KL Tower World Animal Day
Date: Sunday, 2nd November 2008
Time: 12pm-6pm
Venue: KL Tower Terrace (Menara KL)

Activities & Highlights:

* Puppy.com.my Dog Agility, Obedience & Protection Demo

* Animals For Adoption (SPCA & PAWS)

* Launch of Animals Matter To Me Campaign by Minister

* NGO/ Government Dept Booths (Department of Veterinary Services Malaysia, WWF, TRAFFIC, MyCat, etc)

* Animal Village (Purina, Rhone Ma, Addiction, The Barkery, Jaafar Taib Wildlife Paintings, Suzy's Stone Paintings, Petster Magazine, petfinder.my, puppy.com.my, "Aesops Fables" Gardner & Wife, Perdana Graphics, Yusoff Gajah, Petalogue, Style Essentials Grooming)

* "Artists For Animals" Performances (Twilight Action Girl, Hunny Madu, Phlowtron & Nita AF2!)

* "Earthlings" Movie Screening - Animal Lovers MUST watch this!

* Cheerleaders, Capoiera, Hip-hop dance performances

* Interactive Storytelling

* Special Appearance by Star Wars 50st Legion

* 200 Free limited edition tees by ActionTinToy for early birds!

* Get cool eco-friendly goodie bags sponsored by PURINA, The Pet Safari, Addiction, Rhone Ma & The Barkery for a minimum donation of RM 10!

* Hosted by Canadian hip-hop artist Vandal @ Jason Schadt


It's a Pet Friendly Event! Bring your animal companion along to join in the festivities!

IMPORTANT:
Parking spaces are limited at KL Tower! Please either come early to get a space, or park outside the compound and take a nice 10-min walk up the hill with your pet ! Its surrounded by lush forest (watch out for the monkeys!) so it will be a scenic walk u.


Yeahooo.. Ahad ni dah ada plan.. (^^)

Tuesday, October 21, 2008

Small happening gath at Tony Romas The Garden.

3 jelitawan yang hadir. Aku chop belah kiri sekali tu. (^^)

Jumaat lepas batch aku ada buat small gathering tapi sayangnyer aku tak dapat pegi atas sebab2 yang tak dapat aku elak. Udah tak de rezeki nak jumpa kawan lama. Huhuhu.. 10++ (++ tu anak dan wife) orang yang datang. Orang2nyer Meah, Eza, Adleen, Hezel, Aza, Din, Awi, Fahmi, Fizi + Harris.

Katanyer memang hampir terbalik Tony Romas tu dibuat dek mak2 + bapak2 budak ni. Riuh rendah sampai ada sorang nyonya tu usha baek punyer kat meja derang.

Kot ada small gath camni lagi, arap² aku dapat join.

Amin

A very beautiful song.

Monday, October 13, 2008

Nak! Nak! Nak!


Aku dah lama sebenarnya tergilakan cup cake ni tapi sekali pun aku tak penah beli @ makan. Maksud cup cake tu yang decorationyer cecantik cam gambar kat atas ler.

Agaknyer mungkin nak kena buat sendiri baru aku akan makan cup cake.

Rasa cam nak berlari skang ke Harvey Norman beli oven.

Sunday, October 12, 2008

Britney is back uols!!!




Fuhhhh!!! Dasat video clip terbaru dia. Kan main lagik tayang body.. Maklum ler body dah mantaps balik... Nak tayang kat tb M'sia dah sah2 kena edit banyak..