warghhh kah kah.. kelako giler!!! kambing yang lain tanak kawan ngan hantu kambing tu... berulang² aku tengok sambil gelak guling² atas meja.. Hhahahah
Friday, September 26, 2008
Hantu kambing!!!
warghhh kah kah.. kelako giler!!! kambing yang lain tanak kawan ngan hantu kambing tu... berulang² aku tengok sambil gelak guling² atas meja.. Hhahahah
Hari orang dah start cuti ke?
Thursday, September 25, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Susu untuk orang yang hampir tua cam aku..
Garment Rack Cover With Window.
Gini rupa plastotet covernyer.
Zoom dekat sket.
Bahagian atas bila dah siap pasang.
Ni bahagian bawah plak.
Ni pandangan dari sisi.Memang menarik btol benda alah ni. Especially untuk orang2 cam aku yang tak de lemari normal. Heheh.. Bukan aku tanak beli lemari tapi since aku dok umah sewa yang ada kontrak, tak rajin ler aku nak mengangkut lemari normal ke sana ke mari. Kalau guna lemari kain@plastik senang jer. Nak pindah cabut besi pastu lipat simpan dalam kotak. Selamat lemari aku tu + senang nak angkat2.
Suka la aku benda ni. Naper aku tak jumpa dari dulu lagi @ benda ni baru ada sekarang? Tak kisah la janji seluar aku selamat dari habuk. Sekali pandang cam kedai sushi pun ada sebab ada pintu. Heheheh.. Nice..
Minyak turun seposen..
PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa esok (tengah malam ini).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.
Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40 berkuat kuasa mulai esok. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50 juga berkuat kuasa mulai esok.
Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.
Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar pada Jun lalu.
Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.
Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.
Semalam, Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet.
Ini jer yang mampu kabinet bagi pada rakyat?? Seposen jer??
Apartment untuk cicit.
Dah siap pasang seronok obi + uju turun naik tangga. Lega aku derang suka duduk dalam tu..

Anak betina mama yang sekor ni pun dah besar.. Muka dah panjang..Tuesday, September 23, 2008
TARA 3 ~ Leg 2
Ni dia 2nd team yang terkeluar. Team adik-beradik dari Korea. Lembik la mamats ni. Nak tangkap ayam pun ala2 separuh arwah. Huhuhu. Tata..Aku lambat buat entry pasal leg 2 ni sebab aku termiss tengok minggu lepas. Hari ni baru aku tengok. Huhuhuh. Leg kali ni waktu tayangannyer sejam setengah. Tatau apsal panjang plak tapi memang tak terasa langsung sejam setengah tu. Best gilos!!
Since Mai + Oliver yang memula pijak mat pit stop leg 1 so derang la yang dilepaskan dulu untuk teruskan race. Masa tu malam so lepas derang baca clue derang agak tempat yang derang gi tu dah tutup jadinyer derang decide untuk tido kat rumah sapa ntah sebelum gerak ke tempat tu. Padahal derang berdua tak teringat yang berkemungkinan derang perlu amik nombor. Team lain semua bergegas ke Flight of the Gibbon + amik nombot. Esoknyer Mai + Oliver jadi team last sekali untuk buat task. LOL. Padan muka.
1st task derang ni ha. Kena slide dari pangkal pokok A ke pokok B. Pastu diturunkan ke bawah ala2 spiderman gitu. Team Korea masa ni berada di kedudukan no 2.
Minah ni memang kelakar la. Betul2 having fun!!
Natalie nangis sebab tak leh terima kena tido kat epot. Miss Universe la katakan. Partner dia selamba jer tido kat situ. Wat tak peduli jer kat dia. Lagi la dia bengang. Huhu
Henry tensen tak hengat adik dia tak reti nak main game tu. Dia menjerit bisu kat belakang sebab tanak ganggu kosentrasi adik dia. Kelakar tapi ini menunjukkan he is a great brother. Tanak pressure adik. Good. I like!!
Dah sudah main game kena cari kedai bunga la plak. Sekalik kedai bunganyer udah tutup. Kena la datang esok pagi. Ada team yang dapat info kedai tu buka kul 7 pagi. Ada yang dapat info kedai buka pukul 6. Malang ke orang yang dapat info pukul 7 tu sebab kedai buka pukul 6. Huhuhu..
Dah dapat clue derang kena naik bas ke Cai Be bas terminal. Kat situ kena buat roadblock Sampan @ Some Walk. Sampan kena punggah buah masuk sampan + dayung ke satu tempat. Some walk plak kena tangkap ayam bawak gi pasar tempat jual ayam. Ramai yang pilih Sampan tapi berenti separuh jalan sebab tak reti berdayung.
Adik + abang gado masa nak cari kedai ayam. Dah la penat kena angkut ayam tu. Tak jumpa kedai plak.
Berpeluh tak ingat adik-beradik Korea masa tangkap ayam. Orang bando katanyer. Tu yang tak daya tu. Alahai.
Henry tetiba nangis bila sampai kat church tu. Tatau apa sebab dia nangis tapi dia kata dia penat sangat. Boleh gitu??
Ida + Tania sempat melawat anak2 yatim tu. Blah jer dari situ derang nangis sebab kesian tengok dak2 tu. Memang kesian sebab tido atas tikar jer. Huhuhu
Udah selesai buat keje amal derang dapat clue untuk pegi ke next pit stop kat Museum of Vietnamese History. Seronok la derang. Tak sabo nak stop sebab dah dekat 40 jam derang dok terkejar ke sana ke mari.
Gumbira tak hengat derang sampai 1st. Dapat supply minyak Caltex setahun tu. Aku pun nak!!
William + Isaac terpaksa balik Korea. Tercapai la matlamat derang supaya tak terkeluar 1st tapi malangnyer terkeluar 2nd. Huhuhu.
Lusa dah ada leg 3. Tak sabo sungguh nak tengok sebab tengok promo derang tergolek dog bawak beca. Heheheheh...
follow up bell's palsy..
Lepas 5 hari admit + dimasukkan 2 botol steroid sehari ari tu. Perubahan yang aku rasakan tak berapa banyak tapi aku terima sebab doktot dah bagitau yang kemungkinan berkesannyer 50/50 jer sebab aku lambat rawat guna steriod dimasukkan secara direct ke dalam blood stream aku. Hmm..
Aku tanya doktor kenapa mata aku belah kanan ni aku rasa cam mengecik jer skang padahal sebelum masuk steriod tu mata aku ok jer. Doktot kata steroid tu berusaha bersungguh2 untuk kasik saraf aku bangun sampai terlebih sudah + masuk salah jalan. Lebih kurang gitu la pemahaman aku ngan penerangan doktor tu.
Jadi camner skang?? Tanya aku pada doktot. Mungkinlah jalan terakhir kalau muka aku masih sama jer rupanyer tak berubah. Kena cocok botox untuk balancekan mulut + mata aku. Mulut aku masih tak leh nak senyum bebetul belah kanan. Mata kanan aku tak leh nak bukak luas2 cam mata belah kiri. Doktot kata rasanya medical card aku mungkin akan cover rawatan ni.
Aku kuar dari bilik doktot tanpa perasaan apa2 sebab dah tak tau nak rasa apa dah. Doktot tak bagi dah pun ubat saraf tu. Aku memang dah jangka yang doktot tu memang tak dapat nak buat apa dah sebab dia cuma tau rawatan cam gitu je. Dah nasib aku ditentukan untuk tak dapatkan rawatan awal kat situ tapi aku akan cuba cari rawatan lain untuk betulkan juga muka aku. Aku mesti pulih 100%!! AKU AKAN PULIH 100%!! AKU YAKIN! Err.. Cam poyo jer guna huruf besarkan? Huhuh
Sebelum tu masa aku tengah tunggu turn nak jumpa doktot, ada sorang awek yang aku rasa baya aku @ mungkin lagi muda tengah tunggu turn gak. Dia tengok muka aku terus dia tegur. Rerupanyer dia pun kena bell's palsy gak tapi bila kena jer dia terus dapat rawatan kat sini. Dia kena 2 bulan sudah + skang dia dah 100% recover. Tahniah.
Ini jer la update aku kali ni. Harap2 kalau ada lagi entry update pasal sakit ni nak bagitau yang aku dah pulih 100%.
InsyaAllah.
Amin.
atukku sakit..
Pagi tadi aku dapat sms dari mak bagitau yang dia on the way balik kampung sebab atuk sakit teruk + teryayak kat katil. Masa tu aku tengah siapkan lunch (uhuk.. uhuk.. tak pose kena la bawak bekal sebab ala² segan nak belik food kat cafe walaupun orang tak peduli pun) so aku terus la call mak + tanya apa sebenarnya yang berlaku.Mak kata weekend ari tu atuk ok jer tapi dia kena jaga kedai sebab pak cik zarin + pak cik brahim sakit. Bila dah jaga kedai tu paham² la mesti banyak bergerak so sakit atuk yang lama datang balik tapi hari ahad dah ok. Tetiba semalam pagi atuk teryayak plak kat atas katil. Panik la semua orang. Aku pun panik gak dengar citer mak. Dah nak raya ni.Aku sempat pesan nanti apa² call aku.
Dalam pukul 11 pagi aku call kampung dengan harapan nak cakap ngan mak tapi mak cik aku yang angkat + bagitau mak dah gi spital naik ambulan. Astaga!! Sampai panggil ambulan ni. Bahye ni.
Setengah jam kendian aku call mak. Mak pun explain yang atuk teryayak tu sebab perut dia kosong tapi dia makan ubat darah tinggi + kencing manis. Ubat² tu dah kasi perut dia luka. So atuk jadi pening + tak daya nak bangun untuk gi toilet sebab tu teryayak atas katil. Atuk tak masuk wad pun + don't worry sangat.
Lega gak aku mendengarnyer sebab aku dah lama giler tak jumpa atuk aku tu..






















