Monday, August 18, 2014

Perbezaan BB, CC & DD krim. Naik pening dibuatnya..

Sebelum ni ramai orang yang mungkin biasa dengan rejim harian mencuci muka dengan facial clenaser, sapu toner, sapu moisturiser kemudian tepek foundation sebelum sapu bedak ke muka. Aku biasa skip toner. Hohoho

Jadi bila timbul BB,CC & DD cream ni, aku yang toner pun tak pakai ni jadi konpius untuk bezakannya. Meh nak kabo lepas ku gugel. BB, CC dan DD krim tu adalah kombinasi dari foundation, moisturiser, sunscreen serta krim perbaikan kulit yang dikemaskan menjadi satu formula unik untuk memperbaiki penampilan kulit. Gituuuuuuuu.... Sungguh multi tasking kekdahnyer.

Di sebabkan krim2 ini akan disapukan ke muka kita yang cantik ni.. (^_^) Meh baca untuk pemahaman yang lebih lanjut.



BB CREAM
BB cream yang di kenal sebagai Blemish Balm atau Beauty Balm adalah lebih ringan dari foundation dengan rangkaian formula seperti pelembab, SPF dan antioksidan dengan tingkat coverage medium. Jadi tak payah la guna pelembab dan sunscreen bila menggunakan krim ini. Maka lebih praktikallah sebab tak perlu menggunakan banyak produk kecantikan sebelum berbedak. 

Oleh kerana ia ringan daripada foundation, bila guna BB cream ini tidak akan nampak macam memakai topeng atau obvious sangat bermake up dan sesuai untuk di pakai hari-hari dengan make-up yang ringan.


Contoh BB Cream yang boleh di try beli dan pakai.


CC CREAM
CC cream pulak sebagai versi yang formulanya merupakan penyempurnaan dari BB CreamCC Cream punya beberapa fungsi yang membuat wanita semakin jatuh cinta dengan produk yang satu ini. CC bermaksud Colour Control, Colour Correcting atau Complexion Care. Maknanya redness (bintik-bintik merah, bekas jerawat) di wajah akan ditutupi sebab kandungan dari CC cream yang mampu menyamarkan redness tersebut di kulit wajah.


Dengan formula untuk nutrisi kulit dan mampu membantu mengatasi problem di kulit, maka CC cream menjanjikan dapat menutrisi, mencerahkan, memperbaiki tekstur dan kesehatan kulit, mengandung sunscreen protectiton yang SPFnya lebih tinggi dan juga waterproof. Sesuai sungguh kot untuk kita2 kat Malaysia ni.





CC cream ni kaler putih tapi akan bertukar ikut warna tona kulit kita. Beshnyer!!

DD CREAM
Nama DD sendiri berasal dari Daily Defense atau  Dynamic Do all Cream dan benar-benar memberikan efek yang baik sebagai krim yang merawat kulit.  Berdasarkan namanya maka DD cream tidak terfokus untuk wajah tapi boleh kamu gunakan untuk seluruh bahagian tubuh lain seperti tangan dan kaki.


DD Cream memberikan kelembapan ekstra pada tubuh dan memiliki formula yang sangat ringan. Dapat membantu menyamarkan noda di kulit sebab warnanya menyerupai kulit yang sesungguhnya, sehingga saat dikenakan warna kulit bahagian yang satu dan yang lain sama dan merata.



Ini contoh DD cream yang berjaya di gugel..
Summarynya...

Barulah ku faham dan rasa memang macam nak berlari ke shopping mall untuk borong cream2 ini.