Wednesday, March 4, 2009

Anak Betong punya hal..


Senin lepas episode akhir Lagenda : Anak Betong ni so lepas balik keje aku gi Jusco jap makan Sushi King then terus la balik umah. Ulangannyer pukul 8.30 kat TV9. Sempat la aku sampai 8.30 ke rumah tapi aku dapat tengok tak sampai separuh sebab hujan so astro tak de service. Cilake btollllllllllllllllllll!!! Beria aku bergegas. Siot jer.

Frust gak tak dapat tengok episode akhir tu walaupun leh tengok kat utube. Tapi yang nak jadi cerita utama entry ni ialah.. Eceh.. Skema plak ayat. Esok paginyer, semalam la. Aku gi keje cam biasa 8.30 pagi jalan ke kete. Dari jauh aku dah tekan alarm. Sekali tak boleh la pulak. Ah sudahhh... Dah la petang tu aku kena gi PC AF7. Apa hal plak ni?

Huru hara aku dibuatnyer. Takut plak buka pintu guna kunci kang alarm berbunyikan. Aku pun call abang aku camner nak buat. Katanyer kalau bunyik try start enjin pastu kalau bunyik gak cabut la wayar kat bateri. Aku pun buka pintu guna kunci. Sekali tak de apa bunyi. Eh?? Dah tu aku try start enjin. Langsung tak jadi apa.

Rupa²nya aku terlupa tutup lampu semalam!!!! Ya Allah!! Ni gara² kelam kabut sangat nak tengok Anak Betong punya hal la ni. Dah la tak dapat tengok pun. Terpaksa la aku bawak bateri gi kedai untuk charge. Sib baik buah hati pengarang jantung tak keje ari tu. Tak pasal kena bangun pagi tolong aku. Maceh cayang. Mwah!!

Sampai bengkel tak de plak benda nak charge bateri tu. Bawak la jauh sket katayer tak pun guna jumper dia. Siap nak bagi pinjam kete dia lagi. Alhamdulillah maknanya muka aku ni jenis yang leh dipercayai. Tak pun sebab aku awek. Hehehe..

Aku ok jer la tapi kat situ ada sorang pak cik ngan wife dia + cucu dua orang tengah nak repair kete. Dengar masalah aku mak cik tu tros suh laki dia tolong aku. Maceh mak cik. Berpayah susah pak cik tu tolong aku. Alhamdulillah kete aku dah leh start + bateri tu dah recharge. Aku tak sempat pun nak tanya nama pak cik tu. Setakat sempat say thanks sebab dia nak blah cepat. Cucu dia dah meragam

Aku bersyukur sangat dalam masa aku susah ada hamba Allah yang sanggup tolong. Alhamdulillh.

Esok aku wat entry pasal PC AF7 plak ye.