Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430.

Syukur alhamdulillah aku masih bernyawa ketika menyambut kedatangan Ma'al Hijrah 1430 hari ni. Banyak perkara yang perlu aku capai untuk tahun baru ni. Aku perlu buat perancangan yang lebih terperinci dalam setiap perkara yang akan aku lakukan. Hidup aku perlu lebih sistematik + teratur.

InsyaAllah aku akan laksanakannya tahun ini.

Tokoh Ma'al Hijrah 1430 jatuh kepada mufti kesayangan ramai (perhaps), Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah AlZuhaili.

Wahbah, 79, yang juga tenaga pakar di Akademi Antarabangsa Fiqh AlIslami di Syria, dipilih berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia Islam menerusi karya-karya tulisannya yang banyak digunakan sebagai rujukan oleh universiti-universiti di negara ini selain dijadikan sumber rujukan ahli ekonomi di bidang perbankan.

Harussani,69, pula dipilih bukan sahaja berdasarkan sumbangan beliau sebagai mufti Perak tetapi juga dalam badan-badan Islam termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran.

Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk wang tunai RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, pingat dan plak yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Datuk Seri Harussani berkata "Terima kasih atas pengurniaan yang diberikan...ternyata pendapat dan pandangan yang disuarakan selama ini dihargai dan sudah tentu anugerah itu akan dijadikan penguat semangat untuknya meneruskan perjuangan yang masih jauh dan belum selesai," katanya. Ditanya apakah yang akan dilakukan selepas ini, beliau yang sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang tegas berkata, tegas atau tidak bukan persoalan.

"Saya hanya menyatakan yang benar kerana saya takut sekali kalau menyatakan perkara yang tidak benar dan jika sesuatu perkara itu salah, saya akan kata ia salah tak kira dengan siapa saya berdepan walaupun terpaksa menerima kecaman kerana itu adalah tugas dan tangunggjawab saya," tegas beliau.

Thursday, December 25, 2008

Akhirnya rumahku sudah bersofa.

Setelah 2 hari masuk kuar kedai perabot di sana sini. Akhirnya aku jumpa dah sofa yang berkenan di hati + berbaloi ngan harganyer. Sebenarnya over bajet sket tapi memang susah nak cari sofa cam gini ngan harganya gitu so aku beli gak. Kira ini barang yang aku beli untuk 1st bonus yang aku dapat. Alhamdulillah.

Hari ni sofa ni sampai ke rumah setelah delay satu hari. Katanyer sofa aku pecah so derang ganti ngan yang baru. Tu yang delay sehari. Patut ada dapat 2 bantal yang dijanjikan tapi tak dapat la plak so kena la aku gi kedai tu balik untuk tukarkan bantal.

Amacam? OK tak?

Dalam gambar ni aku tengok cam mainan jek.. Hahahha..

Penuh ruang tamu aku. Uhuk...

Abaikan kaki tak berapa nak cantik itew. Ihik..


Yeahooo... Tak yah dok atas lantai lagi bila nak tengok tb. Yeahooo...

Wednesday, December 17, 2008

Obi + Uju dineuterkan.

Hari ni aku amik cuti extra yang aku ada untuk bawak cicits gi neuter@kasi. Aku tak de banyak sangat duit so aku bawak derang gi tempat gomen jer untuk dineuterkan. Uju RM60 + Obi RM40.

Sedih aku tengok gegambar kat bawah ni. Mesti sakitkan sayang mama ni. Mama buat camni untuk kebaikan Obi + Uju jugak.

uju pingsan mata terbuka.. alahai.. sayu tengok muka dia..

Obi nangis. Tengok ada air mata tu.

Ni kat dalam kete.. aku tak beli carrier lagik so bawak cage je..


uju nak lari tapi tak berdaya... menangis tengok uju sbb bila nak amik dia melompat terkejut..


siannyer... aduhhh.. fenin kepala masa tu...


obi cuba melangkah.. slow jer.


nasib baik mama pegang obi dia tak melompat...


pewut uju...


close up..

bengkak lagik masa ni..
seksa jer rupa dia..

obi relax jer.. tapi sibuk cuci badan..


kejap jer operate obi.. 15 minit jer kata dokter.. testikel sudah tadak..


terpaksa tido asing².. atas nasihat doktor..

Tuesday, December 16, 2008

Yummy cupcakes.


Last week ada outside vendor buka meja kat depan cafe jual cupcakes. Memula aku usha jer. Tak de rasa cam nak makan cupcake pun masa tu. Esoknyer aku usha lagi. Akhirnyer aku mengalah + beli seketul untuk rasa. Aku beli yang rasa coklat. Naik opis tros bedal. Sedapnyer!! Especially the icing. Tak manis sangat dan ada rasa cam susu. Kek dia pun not bad.

Sejam kendiannyer aku turun cafe lagi + beli lagi 3. Hehehehe. Seketul RM2 tu memang mahal pada aku sebab cupcakenyer kecik betul tapi disebabkan sedap aku beli la jugakkan.

Hari ahad baru aku makan semuanya sambil tengok Winter Sonata. Dah simpan dalam fridge lagi sedap rupanyer. Aku berharap minggu ni ada la vendor tu jual lagi tapi dah 2 hari tak nampak batang hidung pun. Huhuhuhu..

Sunday, December 14, 2008

Bainun Alumn Bowling Match kat Cineleisure.

Semalam alumni sekolah aku buat bowling match kat Cineleisure. Junior tahun yang aku dah habis sekolah anjurkan. Junior tawun 97-01. Ramai gak yang datang. Especially dak2 tawun tu la. Senior pun ada gak. Abang2 yang ramai. Batch aku ada 2 team. Aku join salah satu team tu. Nama team aku Gold Drain. Longkang emas gitu. Heheh.. Nama tu dipilih sebab team member aku semua dengan bangganya ngaku "Ratu Longkang". Miahahha.. Team member aku yusni, e-za + murni. Depa bertiga ni asyik strike jer. Aku yang sekali pun tak strike. Dasar tangan kayu btol. Huhuhuhu..

Tanpa disangka2 team aku dapat naib johan secara keseluruhan berdasarkan jatuhan pin. Wow!! Tak sangka sungguh. Banyak hamper yang kitaorang dapat. Ada extra team paling sempoi lagi. Syioknyer!!!

Selain hamper yang selambak (termasuk barang2 dapur jenama Tamin) aku dapat gak piala. Cam tak caya jer. Memang ramai yang terkejut pun masa diumumkan team aku dapat naib johan tu sebab ada yang paling bola slow je. Jangan tak tau yang slow tu la asyik strike memanjang. Hehehhe

Ini la rupa pialanyer. Wihiiiiii.. Tak sangkanyer!!


Naib Johan tawww... Hik hik..

It was a very fun + happening evening pada aku. Dah le dapat banyak hadiah, dapat jumpa kengkawan lama plak tu. Dah macam2 rupa dah kengkawan aku. Ada gak yang masih serupa cam masa sekolah dulu. Memang riuh kat alley team aku ngan kehadiran kengkawan yang datang bagi sokongan. Anak2 derang memeriahkan lagi suasana. Agaknyer sebab tu dapat team sempoi tu kot. (^^)

Katanya insyaAllah event ni akan diadakan yearly + akan di anjurkan oleh batch2 yang lain setiap tahun. Aku setuju sangat la. Kot buat kat KL, insyaAllah aku akan join tapi yuran tahunan aku tak bayar lagik. Larikkkkkkkkkkkkkkkkk..

Friday, December 12, 2008

Bawak cicits balik kampung.

Weekend lepas aku terpaksa bawak obi + uju balik kampung sebab nak boarding dah full house. Masa pegi memang tak de masalah sangat la sebab orang tersayang pujuk bila dia bising. Masa nak balik dari kampung. Aku sengsorang jer. Ayakkk... Seksa gak. Kejap bising kejap tido. Fuhhhh!!!!





Gambar terkini Ulu.










Manja tapi garang. Mencik.

Tuesday, December 9, 2008

i'm not used to..


For the 1st time since I move to this apartment, I am all alone. My most loves roommate when to Kelantan this whole week. Being alone is just not for me. The feels of emptiness sucks!! Yesterday i just lie in front of the tube like vegetables. Oh..

Monday, December 1, 2008

ahhh..



to manipulate me AGAIN. I am an IDIOT! This got to STOP!

Please help me God. Pleaseeeeeeeeeeeee...