Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430.

Syukur alhamdulillah aku masih bernyawa ketika menyambut kedatangan Ma'al Hijrah 1430 hari ni. Banyak perkara yang perlu aku capai untuk tahun baru ni. Aku perlu buat perancangan yang lebih terperinci dalam setiap perkara yang akan aku lakukan. Hidup aku perlu lebih sistematik + teratur.

InsyaAllah aku akan laksanakannya tahun ini.

Tokoh Ma'al Hijrah 1430 jatuh kepada mufti kesayangan ramai (perhaps), Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah AlZuhaili.

Wahbah, 79, yang juga tenaga pakar di Akademi Antarabangsa Fiqh AlIslami di Syria, dipilih berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia Islam menerusi karya-karya tulisannya yang banyak digunakan sebagai rujukan oleh universiti-universiti di negara ini selain dijadikan sumber rujukan ahli ekonomi di bidang perbankan.

Harussani,69, pula dipilih bukan sahaja berdasarkan sumbangan beliau sebagai mufti Perak tetapi juga dalam badan-badan Islam termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran.

Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk wang tunai RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, pingat dan plak yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Datuk Seri Harussani berkata "Terima kasih atas pengurniaan yang diberikan...ternyata pendapat dan pandangan yang disuarakan selama ini dihargai dan sudah tentu anugerah itu akan dijadikan penguat semangat untuknya meneruskan perjuangan yang masih jauh dan belum selesai," katanya. Ditanya apakah yang akan dilakukan selepas ini, beliau yang sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang tegas berkata, tegas atau tidak bukan persoalan.

"Saya hanya menyatakan yang benar kerana saya takut sekali kalau menyatakan perkara yang tidak benar dan jika sesuatu perkara itu salah, saya akan kata ia salah tak kira dengan siapa saya berdepan walaupun terpaksa menerima kecaman kerana itu adalah tugas dan tangunggjawab saya," tegas beliau.

Thursday, December 25, 2008

Akhirnya rumahku sudah bersofa.

Setelah 2 hari masuk kuar kedai perabot di sana sini. Akhirnya aku jumpa dah sofa yang berkenan di hati + berbaloi ngan harganyer. Sebenarnya over bajet sket tapi memang susah nak cari sofa cam gini ngan harganya gitu so aku beli gak. Kira ini barang yang aku beli untuk 1st bonus yang aku dapat. Alhamdulillah.

Hari ni sofa ni sampai ke rumah setelah delay satu hari. Katanyer sofa aku pecah so derang ganti ngan yang baru. Tu yang delay sehari. Patut ada dapat 2 bantal yang dijanjikan tapi tak dapat la plak so kena la aku gi kedai tu balik untuk tukarkan bantal.

Amacam? OK tak?

Dalam gambar ni aku tengok cam mainan jek.. Hahahha..

Penuh ruang tamu aku. Uhuk...

Abaikan kaki tak berapa nak cantik itew. Ihik..


Yeahooo... Tak yah dok atas lantai lagi bila nak tengok tb. Yeahooo...

Wednesday, December 17, 2008

Obi + Uju dineuterkan.

Hari ni aku amik cuti extra yang aku ada untuk bawak cicits gi neuter@kasi. Aku tak de banyak sangat duit so aku bawak derang gi tempat gomen jer untuk dineuterkan. Uju RM60 + Obi RM40.

Sedih aku tengok gegambar kat bawah ni. Mesti sakitkan sayang mama ni. Mama buat camni untuk kebaikan Obi + Uju jugak.

uju pingsan mata terbuka.. alahai.. sayu tengok muka dia..

Obi nangis. Tengok ada air mata tu.

Ni kat dalam kete.. aku tak beli carrier lagik so bawak cage je..


uju nak lari tapi tak berdaya... menangis tengok uju sbb bila nak amik dia melompat terkejut..


siannyer... aduhhh.. fenin kepala masa tu...


obi cuba melangkah.. slow jer.


nasib baik mama pegang obi dia tak melompat...


pewut uju...


close up..

bengkak lagik masa ni..
seksa jer rupa dia..

obi relax jer.. tapi sibuk cuci badan..


kejap jer operate obi.. 15 minit jer kata dokter.. testikel sudah tadak..


terpaksa tido asing².. atas nasihat doktor..

Tuesday, December 16, 2008

Yummy cupcakes.


Last week ada outside vendor buka meja kat depan cafe jual cupcakes. Memula aku usha jer. Tak de rasa cam nak makan cupcake pun masa tu. Esoknyer aku usha lagi. Akhirnyer aku mengalah + beli seketul untuk rasa. Aku beli yang rasa coklat. Naik opis tros bedal. Sedapnyer!! Especially the icing. Tak manis sangat dan ada rasa cam susu. Kek dia pun not bad.

Sejam kendiannyer aku turun cafe lagi + beli lagi 3. Hehehehe. Seketul RM2 tu memang mahal pada aku sebab cupcakenyer kecik betul tapi disebabkan sedap aku beli la jugakkan.

Hari ahad baru aku makan semuanya sambil tengok Winter Sonata. Dah simpan dalam fridge lagi sedap rupanyer. Aku berharap minggu ni ada la vendor tu jual lagi tapi dah 2 hari tak nampak batang hidung pun. Huhuhuhu..

Sunday, December 14, 2008

Bainun Alumn Bowling Match kat Cineleisure.

Semalam alumni sekolah aku buat bowling match kat Cineleisure. Junior tahun yang aku dah habis sekolah anjurkan. Junior tawun 97-01. Ramai gak yang datang. Especially dak2 tawun tu la. Senior pun ada gak. Abang2 yang ramai. Batch aku ada 2 team. Aku join salah satu team tu. Nama team aku Gold Drain. Longkang emas gitu. Heheh.. Nama tu dipilih sebab team member aku semua dengan bangganya ngaku "Ratu Longkang". Miahahha.. Team member aku yusni, e-za + murni. Depa bertiga ni asyik strike jer. Aku yang sekali pun tak strike. Dasar tangan kayu btol. Huhuhuhu..

Tanpa disangka2 team aku dapat naib johan secara keseluruhan berdasarkan jatuhan pin. Wow!! Tak sangka sungguh. Banyak hamper yang kitaorang dapat. Ada extra team paling sempoi lagi. Syioknyer!!!

Selain hamper yang selambak (termasuk barang2 dapur jenama Tamin) aku dapat gak piala. Cam tak caya jer. Memang ramai yang terkejut pun masa diumumkan team aku dapat naib johan tu sebab ada yang paling bola slow je. Jangan tak tau yang slow tu la asyik strike memanjang. Hehehhe

Ini la rupa pialanyer. Wihiiiiii.. Tak sangkanyer!!


Naib Johan tawww... Hik hik..

It was a very fun + happening evening pada aku. Dah le dapat banyak hadiah, dapat jumpa kengkawan lama plak tu. Dah macam2 rupa dah kengkawan aku. Ada gak yang masih serupa cam masa sekolah dulu. Memang riuh kat alley team aku ngan kehadiran kengkawan yang datang bagi sokongan. Anak2 derang memeriahkan lagi suasana. Agaknyer sebab tu dapat team sempoi tu kot. (^^)

Katanya insyaAllah event ni akan diadakan yearly + akan di anjurkan oleh batch2 yang lain setiap tahun. Aku setuju sangat la. Kot buat kat KL, insyaAllah aku akan join tapi yuran tahunan aku tak bayar lagik. Larikkkkkkkkkkkkkkkkk..

Friday, December 12, 2008

Bawak cicits balik kampung.

Weekend lepas aku terpaksa bawak obi + uju balik kampung sebab nak boarding dah full house. Masa pegi memang tak de masalah sangat la sebab orang tersayang pujuk bila dia bising. Masa nak balik dari kampung. Aku sengsorang jer. Ayakkk... Seksa gak. Kejap bising kejap tido. Fuhhhh!!!!





Gambar terkini Ulu.










Manja tapi garang. Mencik.

Tuesday, December 9, 2008

i'm not used to..


For the 1st time since I move to this apartment, I am all alone. My most loves roommate when to Kelantan this whole week. Being alone is just not for me. The feels of emptiness sucks!! Yesterday i just lie in front of the tube like vegetables. Oh..

Monday, December 1, 2008

ahhh..



to manipulate me AGAIN. I am an IDIOT! This got to STOP!

Please help me God. Pleaseeeeeeeeeeeee...

Sunday, November 30, 2008

Camner leh ke situ pulak??

Skang ni aku tiap2 ari beli paper Kosmo! sebabnyer murah + nak masuk kontes teka bola tu. Heheheh. Aku memang ske buat kontes2 ni. Ada gak menang banyak kali so aku try le teka bola tu.

Antara segmen yang aku suka baca dalam paper Kosmo! tu ialah bahagian sms yang orang ramai anto. Memacam komen ada. Kengkadang leh buat aku gelak membacanya. Maklum la ramai orang kat Malaysia ni yang nak bagi menyuarakan apa yang terbuku dalam hati tu so kat situ ler antara tempat nak diluahkan segalanya walaupun pendek jer.

Minggu ni ada satu sms yang kasik darah aku menyirap. Smsnyer lebih kurang cam gini. "Haruan makan anak makin berleluasa sebab undang2 berpoligami makin ketat. kalau lelaki tu dah kenyang tak de la nak makan anak tu." Boleh gitu? Ya Allah!! Kenapa la ke situ pulak yang dipikirnya?? Salahkan undang2 berpoligami plak. Undang2 poligami tu diketatkan supaya tak de la senang2 jer nak kawen padahal tak mampu. Tak mampu nak tanggung bini, anak bagai. Ntah2 diri sendiri pun tak tertanggung tapi disebabkan nak memenuhi permintaan nafsu kawen jugak. Ada ke patut?

Astaqfirullahalazim... Mengurut dada aku baca sms tu. Agak2 la lelaki ke perempuan yang hantar sms tu? Serius aku berani kerat jari yang hantar tu lelaki. Aku tak leh bayangkan seorang perempuan akan hantar sms cam gitu. Mana perempuan yang sanggup dimadu. Aku rasa perempuan lebih rela diceraikan kalau suaminya nak tambah satu lagi cawangan. Aku maksudkan perempuan yang suaminya sah2 tak mampu nak tampung hidup ngan sorang jer isteri + anak 2@3 tapi gatal gak nak kawen lagi.

Susah btol ngan orang yang anggap kawen tu senang. Berat tanggungjawabnya. Banyak perkara perlu difikirkan bila dah kawen. Nak kena jaga isteri/suami, kelakuan, bajet, mentua. Ishk.. Panjang senarainya hal2 yang perlu diambil berat bila dah kawen. Itu belum masuk lagi kalau dah ada anak. Fuhhhh... Bukan sikit punya hal kena pikir beb.

Lastnya aku jadik kesian kat orang yang hantar sms tu. Kesian sebab tak dapat berfikir dengan waras bila menyalahkan undang2 berpoligami bila kes haruan makan anak makin berleluasa.

Kesiankan? Rasanya ayat yang tepat ialah BODOH!! Huh!!

Monday, November 24, 2008

Our 9th Anniversary

is today. It's been 9 years we've been sharing our love + life. It was a super great 9 years!!!!



I will always love you.

You are my forever and ever.

Mwahhhhh!!!

Saturday, November 22, 2008

biziness..

Khamis - kena record behind the scene sehati berdansa sampai pukul 11 malam. Dah le pakai videocam cam harem. Belakang studio tu dah le tak cukup cahaya. Mencik!!!

Jumaat - Tak leh datang lambat walaupun dah stay lambat semalam sebabnyer kena edit 10sec clip untuk insert masa malam sehati berdansa. Sebelum tu kena capture dulu. Sambil capture kena dengar apa yang derang cakap untuk dapatkan scene menarik. Ayakkkk!!!

Isnin - Kena la edit videos behind the scene tu. komputer dah la dapat yang tua. Monitor pun bukan flat screen. Kecik plak tu. video gelap + goyang sebab yang record tu bukan pro. Bukan aku sorang yang record. Ada sorang lain minah lampir yang konon hebat sangat tu record gak. Asik nak bercakap + tergelak masa record. Biol ke apa.. Runsing aku dengar suara tak sedap lagi memekak dia tu sampai rasa nak picah palo den.. Dah la tanak bincang dulu apa soalan nak tanya. Main redah jer. Yang nak kena editnyer nanti aku jugak. Mencik!!

Selasa - Semalam dah edit hari ni kena render plak. Dari AVI ke WMV yang busuk tu. Render guna Vegas so berejam nak tunggu. Dah tu kena upload video2 tu.

Rabu - Ada la relax sket tapi video2 lain kena upload gak. Dah jadi tertangguh plak. Patutnya kena buat catch up style. Nak2 Indian programme. Nak cepat aje. Huh!!

Lebih kurang gitu la cycle keje aku skang dari senin sampai sumaat. Tu blom campur meeting berejam @ tetiba. Kena buat banner bagai. Aduh.. Memang tak setimpal sungguh keje ngan gaji yang dapat. Terpaksa kena buat multitask. Orang lain tu gaji melampau banyak tapi wat keje jual ayo liyo jer.. Ni tak masuk lagi kot nak kena pegi Johor pasal nak record mawi kawen. Sah la aku tanak pegi walau apa pun terjadi. Aku tanak!!!

Aku benci Hazlan!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 13, 2008

50 you might not know about Barack Obama.


• He collects Spider-Man and Conan the Barbarian comics

• He was known as "O'Bomber" at high school for his skill at basketball

• His name means "one who is blessed" in Swahili

• His favourite meal is wife Michelle's shrimp linguini

• He won a Grammy in 2006 for the audio version of his memoir, Dreams From My Father

• He is left-handed – the sixth post-war president to be left-handed

• He has read every Harry Potter book

• He owns a set of red boxing gloves autographed by Muhammad Ali

• He worked in a Baskin-Robbins ice cream shop as a teenager and now can't stand ice cream

• His favourite snacks are chocolate-peanut protein bars

• He ate dog meat, snake meat, and roasted grasshopper while living in Indonesia

• He can speak Spanish

• While on the campaign trail he refused to watch CNN and had sports channels on instead

• His favourite drink is black forest berry iced tea

• He promised Michelle he would quit smoking before running for president – he didn't

• He kept a pet ape called Tata while in Indonesia

• He can bench press an impressive 200lbs

• He was known as Barry until university when he asked to be addressed by his full name

• His favourite book is Moby-Dick by Herman Melville

• He visited Wokingham, Berks, in 1996 for the stag party of his half-sister's fiancé, but left when a stripper arrived

• His desk in his Senate office once belonged to Robert Kennedy

• He and Michelle made $4.2 million (£2.7 million) last year, with much coming from sales of his books

• His favourite films are Casablanca and One Flew Over the Cuckoo's Nest

• He carries a tiny Madonna and child statue and a bracelet belonging to a soldier in Iraq for good luck

• He applied to appear in a black pin-up calendar while at Harvard but was rejected by the all-female committee.

• His favourite music includes Miles Davis, Bob Dylan, Bach and The Fugees

• He took Michelle to see the Spike Lee film Do The Right Thing on their first date

• He enjoys playing Scrabble and poker

• He doesn't drink coffee and rarely drinks alcohol

• He would have liked to have been an architect if he were not a politician

• As a teenager he took drugs including marijuana and cocaine

• His daughters' ambitions are to go to Yale before becoming an actress (Malia, 10) and to sing and dance (Sasha, 7)

• He hates the youth trend for trousers which sag beneath the backside

• He repaid his student loan only four years ago after signing his book deal

• His house in Chicago has four fire places

• Daughter Malia's godmother is Jesse Jackson's daughter Santita

• He says his worst habit is constantly checking his BlackBerry

• He uses an Apple Mac laptop

• He drives a Ford Escape Hybrid, having ditched his gas-guzzling Chrysler 300

• He wears $1,500 (£952) Hart Schaffner Marx suits

• He owns four identical pairs of black size 11 shoes

• He has his hair cut once a week by his Chicago barber, Zariff, who charges $21 (£13)

• His favourite fictional television programmes are Mash and The Wire

• He was given the code name "Renegade" by his Secret Service handlers

• He was nicknamed "Bar" by his late grandmother

• He plans to install a basketball court in the White House grounds

• His favourite artist is Pablo Picasso

• His speciality as a cook is chilli

• He has said many of his friends in Indonesia were "street urchins"

• He keeps on his desk a carving of a wooden hand holding an egg, a Kenyan symbol of the fragility of life

• His late father was a senior economist for the Kenyan government


ps: interesting facts.. (^^)

Tuesday, November 11, 2008

Tag Tiga.

Tag dari Syah... Kena wat gak ke? Huhuhuuh

[01 ] Are you currently in a relationship?
Sudah pasti!!

[02] Have you ever been given a rose?
Pernah la dulu itu pun sebab aku yang mintak. Boleh?? Aku ni asyik bercinta ngan orang yg tak ske bagi bunga. Apa la nasib..

[03] What is your all-time favorite love story movie?
Panjang listnyer. Kena buat entry khas nanti.

[04] Are you in love right now?
Sudah pasti! 100% in on at love!!

[05] Do you believe that everyone has a soul mate?
Tersangat2 pircaya.

[06] What's your current problem?
Fulus asik tak berapa nak mencukupi. Nak beli makanan cicits pun berpeluh memikirkannyer...

07] Have you ever had your heart broken?
Rasa macam pernah tapi aku anggap cam tak pernah la. Boleh gitu??

[08] Your thoughts of online or long distance relationships?
Cinta hati aku skang memang pun kenal online pastu memang memula dulu thru long distance relationship.. eh... cam cite syah plak..

[09] Have you ever seen a friend as more than a friend?
Penat dah nak pikir cam gini so aku maleh dah nak pikir pasal kawan lebih dari kawan. Buang masa + buat penat je.. <-- ayat orang kuciwa.

[10] The person you're with right now, do you want to spend your life with?
Sudah pasti!!

[11] How many kids do you want to have?
Aku ni paling takut nak beranak tapi aku nak ada anak so mungkin akan amik anak angkat jer nanti. Kalau dah berkemampuan. InsyaAllah. Kira nak geng ngan angelina jolie gitu..

[12] What is/are your favorite color/s?
Bila umur dah meningkat ni (ehem) aku tak de peberet kaler. Semuanya ok asalkan bukan kaler menyilau mata udah..

[13] Who is/are your celebrity crush
Masa sekolah dulu aku memang kaw2 ske kat Dieter Brummer pelakon Aussie yang aku tak penah tengok lakonannyer cuma tengok gambar kat majalah jer.. Chenta itu buta katanyer.. heh heh..

[14] Do you believe you truly only love once?
Tak.

[15] Imagine you're 40 & your spouse just died, would you get re-married?
Na'uzubillahiminzaalik... Mintak dijauhkan... <--- tiru jawapan Syah sebab ini yang terlintas kat kepala aku gak.. Ishk.. Ishk.. Tapi benda ni memang dah pernah aku bincangkan ngan cinta hati. Masing2 berserah pada takdir..

[16] Do you believe in love at first sight?
Sudah pasti!!

[17] What song u want to be played at your wedding?
You are my sun shine, my only sun shine, u make me happy when sky are blue.. apa tajuk lagu tu ek?? heheheh

[18] Do you like anyone?
Soklan apekah inih??? Patut kena sekeh beratus kali untuk orang yang buat soklan ni. Huh!!


ps: Nyampes tak bila jawapan aku tu Sudah Pasti berulang2?? Nyeh nyeh..

Saturday, November 8, 2008

Sehati Berdansa Musim 2.


Aku baru dapat gambar promo ni semalam. Cantik!!! I like!!! Tapi ada yang dah terlampau diedit sampai tak kenal mukanyer.. Apa pun memang aku suka sesangat tengok gegambar ni.. Superb!!! (^^) Nak tengok besar sket klik kat gambar tu ye..

Pemenang mini cooper last year. Vee + Shidi.

Very loving couple walaupun ada gossip tengah berantakan. Lisda + Fauzi. Muka Fauzi tu cam masa dia belakon orang minyak da.. Macam nak makan Lisda walaupun memang boleh makan. Huhuhu..

The cutest couple untuk musim ni. Sasha + Salyo. Sebennyer kelakar.

Newly wed AF couple. Nampak cam tak mesra sangat ler @ is it just me??

Mati pecah perut kalau join derang. Amyza + Izhar. Amyza memang kelakar giler.

Sweet jer. Ani Mayuni + Zairi. Panggilan manja mama + papa. Standard la tu. Sebennyer kelakar gak ni.

Ala² skema couple. Mazin + Anisa.

Anak derang cute nak mams!! Sabrina Ali + Shahrin.

Pasangan rockers!! Ashed + Shima.

Sebennyer main bola ek?? Ke main hoki?? Wife pelakon drama. Shahril Arsat + Noraini Morat.

Dulu ngan Era skang ngan Sinar plak. Dah lama aku tak dengar suara mamat ni sebab tak dengar Sinar.. Jamal Jamaluddin + Faridah.

Cam excited gak nak tengok SB2 ni lepas aku tengok clips behind the scene kat sini http://video.astro.com.my tapi entah ler camner jadiknyer nanti bila dah start. Last year aku tak tengok sangat. Kalau tengok pun time Vee + Shidi jer.. Kot nak dapat info lebih pasal derang gi ler official websitenyer yer...